Sunday, November 29, 2009

ZURIAT DAN TANGGUNGJAWAB KITA

Assalamuallaikum wr.wbt.

Hari ini,terpaksa pergi ke Teluk Intan sebanyak dua kali ,pagi lagi menghantar puteri sulungku yang hendak pulang ke KUIS selepas semester break,seperti biasa bondanya berpesan pelbagai bentuk nasihat,motivasi dan amaran, terpaksa selalu diingatkan anak-anak ini,kadangkala mereka cepat lupa,sesekali aku mencelah juga sekadar mengingatkan kembali nasihat dan teguran lama supaya dia sentiasa ingat.

Ke Teluk Intan kali kedua,menghadiri Walimatulurus anak rakan seperti biasa hari cuti begini semakin ramai yang mengadakan majlis kenduri kahwin,rasanya hampir tiap-tiap minggu ada saja majlis kenduri yang perlu dihadiri.

Sebelum sampai dirumah rakan lama sewaktu di Kolej Islam menelefon ingin singgah dirumah,sebenarnya Pak Tam telah memberitahu malam tadi lagi untuk singgah dirumah,alhamdulillah sampai juga Pak Tam dirumah aku,yang paling aku teruja ialah melihat bilangan anaknya yang ramai dan masih kecil lagi,itulah kurniaan tuhan yang diberi kepada hambanya.Beliau dikurniakan 8 orang anak tetapi seorang meninggal dunia,seronok melihat kekeletahan anak-anaknya.

Dulu pernah juga seorang rakan lama juga Pak Teh singgah dirumah tetapi anaknya hanya seorang ,aku pula hanya 3 orang.Walaubagaimanapun alhamdulillah Allah maha mengetahui akan kurniaan zuriat yang diberikan kepada hambanya.Ada juga rakan yang langsung sampai kini tidak dikurniakan sebarang zuriat.Namun yang penting amanah dan tanggungjawab untuk mendidik anak-anak kita supaya menjadi penyambung zuriat dan diharapka agar didikan yang kita berikan dapat menjadikan anak-anak kita sebagai pewaris Khalifah Allah dibumi ini bukan sebaliknya.

No comments:

Post a Comment