Monday, June 20, 2011

SEMBANG-SEMBANG DENGAN SALESMAN

Assalamuallaikum wr.wbt.

Tadi datanglah seorang wakil syarikat yang menjual toner printer bagi komputer,lama juga berbual dengannya,bermula dari ,barangannya yang hendak dijualnya hinggalah kepada suasana bisnes yang pada pandangan beliau semakin merudum dari segi keuntungannya,tidak sama dengan harga barang yang semakin naik,kadangkala beliau berterus terang dengan gaya kepimpinan sekarang yang cakap tidak serupa bikin,dalam akhbar diwarwarkan tentang kedudukan ekonomi yang semakin kukuh,tetapi harga barangan pula semakin meningkat,beliau memberi contoh harga ikan yang mahal,mungkin tidak terdaya mereka yang berpendapatan rendah dan bilangan anak yang ramai untuk membelinya.Harga ikan kembung sudah mencecah RM 8.00 sekilo,gula sudah naik harga,susah pula untuk mendapatkannya dan banyak lagi barang yang naik harga,apabila harga minyak naik.

Namun saya sempat memujinya kerana mempunyai rambut yang lebat,hitam berkilat dan badan nampak masih sihat walaupun usia sudah hampir 59 tahun,diantara tip yang diberikannya ialah menggunakan minyak kelapa sebagai minyak rambut,dulu beliau menyediakan sendiri minyak tersebut,tetapi sekarang beliau menggunakan minyak HPA.Sentiasa minum air yang banyak dan dimasak,makan pil pharmaton 1 biji untuk 3 atau 4 hari,melakukan eksasais ringan sekurang-kurangnya 30 minit sehari,menjaga pemakanan iaitu banyak memakan sayur,tidak makan daging dan telur ,tidur yang cukup .Jadi bolehlah ditiru gaya hidup ini untuk kekal muda.

Monday, June 6, 2011

MENUJU MATLAMAT

asalamualaikum wr.wbt.

Saya tertarik dengan satu pernyataaan yang berbunyi 'perbezaan antara hanyut dan belayar ditentukan oleh matlamat" dan dalam meningkatkan motivasi diri seseorang itu mempunyai beberapa perkara yang perlu di dalam diri mereka:

1. Matlamat yang hendak dituju mesti jelas
2. Positif "self talk'
3. letak diri penting dalam apa jua keadaan
4. motivasi diri orang lain untuk motivasi diri
5. Jangan cipta sebarang alasan

Memang sebenarnya banyak perkara yang perlu difikirkan dan dihayati untuk meningkatkan motivasi dalam apa jua yang kita lakukan bagi mencapai apa yang kita hajatkan.Jangan ada sifat putus asa dan tidak mengerti makna kegagalan dan ketewasan.Usaha dan ikhtiar mesti mesti diteruskan dan berpanjangan.

Sunday, June 5, 2011

RAHSIA KERJA ORANG JEPUN

Assalamualllaikum wr.wbt.

Baru separuh membaca rahsia bisnes orang Jepun,karya Ann Wan Seng,dimuka depan sudah tertulis tentang orang Jepun yang terkenal dengan budaya "Keisan" ataupun 'Gila Kerja',budaya inilah yang membuatkan mereka berjaya dalam bisnes.Itu belum lagi kita membicarakan soal semangat samurai dengan konsep harakiri dan semangat "Bushido".Orang jepun mempunyai komitmen yang tinggi pada pekerjaan mereka.Setiap kerja perlu diselesaikan mengikut jadual yang ditetapkan supaya tidak timbul pembaziran dan pemborosan.Kegagalan bekerja mengikut jadual menyebabkan penyudahan sesuatu pekerjaan menjadi lambat taupun terlalu cepat.Kelambatan bermakna kerugian.Kecepatan pula mendedahkan kepada kesilapan.Oleh itu mereka selalu mengamalkan "konsep tepat pada masanya".Bagi orang Jepun,pengurusan yang cekap dan inovatif penting bagi menjayakan sesuatu pekerjaan.Justeru,budaya kerja di Jepun turut memberi penekanan kepada pengurusan strategik yang dikenali sebagai 'Kai Zen",iaitu adalah amalan kualiti kerja yang meemberikan penekanan kepada tiga aspek utama iaitu peningkatan kerja yang berterusan,dapat dikukur dan dilaksanakan secara berperingkat.

Wednesday, June 1, 2011

BAI'AH ATAU NEW DEAL

Assalamuallaikum wr.wbt.

Alhamdulillah sudah lama tidak menulis dalam blog ini,bukannya sibuk sangat tetapi keinginan untuk menulis agak kurang dan mungkin juga dorongan hati dan motivasi berada pada tahap minima.Cuma yang ingin diceritakan disini tentang SMKUB yang pengetuanya ditawarkan Baiah atau tawaran baru yang terdapat dalam Bidang Keberhasilan Utama Nasional(NKRA).Tawaran ini merupakan salah satu 4 akses yang ada dalam NKRA dalam bidang pendidikan,pada mulanya merupakan satu gurauan yang biasa saya cetuskan dalam mesyuarat tetapi akhir menjadi kenyataan apabila tawaran itu tiba,dan perlu dibuat penilaian oleh Nazir,maka sibuklah sekolah membuat persediaan diantara yang penting ialah penyediaan 53 buah fail yang perlu dipersembahkan kepada empat orang nazir,tetapi kesemua fail tersebuat sememangnya ada disekolah,jadi tidaklah begitu sukar untuk membuat persediaan hanya sekadar kemaskini.Bagi saya sememangnya ada kekurangan ,tetapi kelemahan itulah yang kita akan membuat penambahbaikan .Walau apa pun yang keputusan nazir SMKUB telah mencipta sejarah kerana satu-satu SMK Harian biasa yang dipilih untuk ditawarkan baiah daripada 9 buah sekolah di negeri Perak .Berdasarkan SKPM ,SMKUB telah melonjak dari segi ranking iaiatu dari kedudukan 1800 /2204 kepada 1165/2204,diharapkan dan selalu bermunajat agar SMKUB dan pengetuanya dianugerahkan kejayaan.SEMUANYA HASIL KERJA BERSAMA ,DAN MENERUSKAN PECAPAIAN SLOGAN U B THE BEST