Thursday, September 30, 2010

TERUSKAN KECEMERLANGAN

Assalamuallaikum wr.wbt.

Alhamdulillah hari ini rasa terpanggil pulak hendak menulis balik dalam blog ini,asyik pegi kat fb hilang mood sekejap untuk menulis dalam ruangan yang telah lama menjadi medan untuk menulis dan meluahkan apa yang rasanya terpendam dihati.Semalam baru saja balik dari menjadi fasilitator di Teluk Dalam Resort,bersama dengan Semua Penolong Kanan Petang seluruh negeri perak,biasanyalah filem "Lean On Me" menjadi tajuk perbincangan,rasanya habislah sudah tugas menjadi fasilitator pada tahun ini,tahun depan kena cari modal lain,ataupun itulah tugas terakhir bagi membantu MLPK.
Sudah lama meninggalkan sekolah,terasa rindu pulak,kebetulan ada program Solat Hajat dan Majlis Bacaan Yaasin bersama dengan ibu bapa dan pelajar,yang akan menghadapi pelajar PMR dan SPM,alhamdulillah berjalan lancar,kebetulan datang pula pegawai dari PPD untuk berjumpa pelajar PMR dan SPM,bagi menyuntik semangat motivasi saat akhir kepada calon-calon tersebut,saya juga yang mencadangkan kepada mereka agar program itu dibuat supaya nampak semangat dan kesungguhan kita bersama untuk mencemerlangkan mereka,at least something,tidaklah asyik mereka mendengar Pengetua dan PK2 Ulu Bernam saja yang bercakap.Apa-apa pun disaat akhir ini ,pemujukan,motivasi,dorongan,panduan perlu diteruskan hingga kesaat akhir.Betul kata Tn.Hj. Mohd Sahid Pegawai dari PPD,kalau dalam permainan bola sepak jika kedudukan masih lagi seri,30 minit masa tambahan itulah yang menentukan sesuatu pasukan itu menang atau pun kalah,juara atau sekadar ditempat kedua sahaja.Siapa yang bijak dengan taktik dan teknik sudah tentu mereka menjadi pemenang.