Monday, July 21, 2014

NOTA RINGKAS SEMPENA 23 RAMADHAN

Tiba-tiba hari ini terasa nak menulis kembali dalam blog ini.Dah lama meninggalkan blog Air Selasih.

Pagi
Perhimpunan memberi sijil kepada pelajar yang menerima anugerah principal list.Tahniah kepada pelajar yang menerima sijil
Sempat juga memberi sedikit tazkirah kepada semua guru dan murid tentang kelbihan berdedekah.Menceritakan tentang kisah Saidina Ali dan Saidatina Fatimah yang sanggup memberi sedekah kepada orang lain yang lebih memerlukan,akhir ganjaran besar dari Allah kepada mereka.

Taklimat kepada guru-guru tentang anugerah sekolah kluster dan kecemerlangan..

Selepas itu taklimat kepada pelajar-pelar Tingkatan Empat yang memperolhi keputusan yang tidak memberangsangkan.

Mesyuarat dengan guru-guru di sebelah tengahari bagi membincangkan cara hendak membelanjakan duit kecemerlangan bagi sujek Bahasa Melayu dan Inovasi.

Mlm iftar bersama Pengarah buku teks Tn.Hj.Ghani bin Mohd Niza.