Sunday, September 18, 2011

ANUGERAH BAIAH SMK ULU BERNAM


Assalamuaallaikum wr.wbt.

Alhamdulilllah setelah lama menunggu akhirnya ,dapat juga pengetua SMK Ulu Bernam,dianugerahkan sekolah yang telah berjaya menaikkan ranking sekolah bagi tahun 2010.Anugerah yang disampaikan oleh Tan Sri Muhyidin Yasin pada 13 September 2011 merupakan satu tawaran baru dalam NKRA.Sebanyak 92 pengetua sahaja berjaya dianugerahkan tawaran tersebut,setelah melalui pelbagai tapisan dan semakan serta pemantauan.Di negeri Perak hanya 7 buah sekolah sahaja yang berjaya,dan yang paling manis hanya SMK Ulu Bernam sahaja sekolah harian yang menerima anugerah tersebut.Semuanya hasil usaha semua pihak yang sentiasa memberikan kerjasama,sehingga pelbagai kejayaan yang telah diperolehi sepanjang saya menjadi pengetua SMK Ulu Bernam.

UB THE BEST.