Monday, June 20, 2011

SEMBANG-SEMBANG DENGAN SALESMAN

Assalamuallaikum wr.wbt.

Tadi datanglah seorang wakil syarikat yang menjual toner printer bagi komputer,lama juga berbual dengannya,bermula dari ,barangannya yang hendak dijualnya hinggalah kepada suasana bisnes yang pada pandangan beliau semakin merudum dari segi keuntungannya,tidak sama dengan harga barang yang semakin naik,kadangkala beliau berterus terang dengan gaya kepimpinan sekarang yang cakap tidak serupa bikin,dalam akhbar diwarwarkan tentang kedudukan ekonomi yang semakin kukuh,tetapi harga barangan pula semakin meningkat,beliau memberi contoh harga ikan yang mahal,mungkin tidak terdaya mereka yang berpendapatan rendah dan bilangan anak yang ramai untuk membelinya.Harga ikan kembung sudah mencecah RM 8.00 sekilo,gula sudah naik harga,susah pula untuk mendapatkannya dan banyak lagi barang yang naik harga,apabila harga minyak naik.

Namun saya sempat memujinya kerana mempunyai rambut yang lebat,hitam berkilat dan badan nampak masih sihat walaupun usia sudah hampir 59 tahun,diantara tip yang diberikannya ialah menggunakan minyak kelapa sebagai minyak rambut,dulu beliau menyediakan sendiri minyak tersebut,tetapi sekarang beliau menggunakan minyak HPA.Sentiasa minum air yang banyak dan dimasak,makan pil pharmaton 1 biji untuk 3 atau 4 hari,melakukan eksasais ringan sekurang-kurangnya 30 minit sehari,menjaga pemakanan iaitu banyak memakan sayur,tidak makan daging dan telur ,tidur yang cukup .Jadi bolehlah ditiru gaya hidup ini untuk kekal muda.

1 comment:

  1. Assalamualikum yop,

    Baguih tips mike dalam n3 kalini untuk kesihatan. Itu caghe oghang susah. Kalo oghang senang deme main golf ato ngusung kayu golf daghi padang ke padang.

    ReplyDelete