Wednesday, November 18, 2009

BERHEMAH DAN BERHIKMAH

Assalamuallaikum wr.wbt.

Hari ini merupakan perbincangan penerbitan takwim sekolah bagi tahun 2010 bersama kumpulan G9,saya merasakan bahawa ini merupakan kali pertama mereka berbincang bersama untuk penerbitan takwim.Walaupun telah disediakan bahan-bahan dan isi kandungannya tetapi dibincangkan secara bersama sudah tentu ada value added yang sudah tentu menjurus ke arah yang lebih baik.

Saya menyatakan kepada mereka bahawa takwim merupakan cerminan kepada hasrat,aktiviti,program dan apa saja yang hendaklah dilakukan oleh sekolah selama setahun iaitu pada tahun 2010 nanti.Jika sekiranya telah disepakati bersama dan melalui perbincangan yang lama dan bermakna sudah tentu pada tahun hadapan tidak banyak masalah yang timbul.

Takwim sekolah bukan kerja individu ataupun "one man show".Jika kerja berseorangan sudah tentu membebankan dan sudah tentu tidak ada sesi brainstorming dan percambahan idea,yang paling dirisaukan sudah tentu hasilnya tidak mencerminkan permuafakatan bersama atau dalam istilah lain hanya kerja syok sendiri.Saya juga menyatakan bahawa kerja membuat takwim bukan boleh selesai dalam sekali pertemuan tetapi perlu acapkali dan memanfaatkan masa sepenuhnya bukan mengobrol perkara yang tidak berfokus.

Disebabkan masing-masing telah letih memerah otak maka kami menangguhkan pernbicangan dan menyambung lagi pada hariIsnin.

Namun begitu dalam masa tiga hari saya berharap mereka dapat berfikir tentang perkara-perkara yang lebih baik yang perlu dimasukkan dalam takwin.Bukan senang hendak gromming leaders, perlu banyak masa, berhemah dan berhikmah.

1 comment:

  1. Nampak gayanya G8 mika tak cuti le yop,Senayan ni nak mesyuarat balik. Cari ler hotel taraf 5 bintang kalo ia pun nak bermesyuarat...

    ReplyDelete