Monday, November 9, 2009

SERONOKNYA MENJADI TETAMU ALLAH

Assallamuallaikum wr wbt

Dalam keadaan tergesa-gesa selepas mempengerusikan mesyuarat kewangan sekolah saya pulang kerumah kerana telah berjanji dengan rakan dan jiran sebelah hendak pergi ke Kelana Jaya ,seorang sahabat akan berangkat ketanah suci,sampai rumah kira tepat pada waktunya,selepas Asar kami berempat bertolak dan aku berdoa agar dipermudahkan perjalanan ke tempat yang kami tujui kerana niat kami ikhlas untuk memberikan sedikit semangat kepada Cikgu Mat Rahim suami isteri yang terpaksa meninggalkan tujuh orang anak yang dikira masih kecil dirumah bapanya.Seorang rakan yang menjadi jirannya turut meluahkan rasa kerisauan tentang anak yang ditinggalkan di rumah bapanya dikampung lebih-lebih lagi dalam keadaan musim hujan dan dikira tengkujuh sekarang, mampukah datuk dan neneknya mengawasi pergerakan cucu-cucunya yang dikira masih kecil dan agak nakal ,aku cuma mengatakan bahawa kita kena yakin bahawa anak yang ditinggalkan untuk tujuan menjadi tetamu ALLAH sentiasa dipelihara oleh ALLAH,pengalaman aku dulu pun begitu sedih meninggalkan anak yang bongsu yang jatuh patah tangan sebelum kami berangkat ke Makkah .Sampai di Kelana Jaya kami terus masuk ke Masjid dan bersembahyang,alhamdullillah walaupun sepanjang jalan hujan, perjalanan berjalan lancar dan dipermudahkan perjalanan walaupun kami berempat tidak begitu cekap dengan simpang siur jalan untuk kesana.Tersentuh hati dan teringat sewaktu aku ke Tanah Suci pada tahun 2002.Melihat jemaah yang sudahpun mengenakan kain ihram kerana penerbangan KT 58 akan terus ke Makkah,aku dapat merasakan bagaimana terujanya jemaah yang baru pertama kali ke Tanah Suci dengan fikiran yang bercampur baur diantara seronok dan sedih.Seronok untuk menjadi tetamu ALLAH dan sedih untuk meninggalkan keluarga tersayang.Sempat juga aku memberikansedikit pandun kepada Cikgu Mat Rahim supaya menggunakan sepenuh hari berada dikedua-dua tanah haram dengan beribadat.Aku mendoakan agar rakan ku ini selamat pergi dan selamat pulang dengan memperolehi haji yang MABRUR,doakan kami sekeluarga dapat sampai ke Tanah SUCI pada 16 Dis InsyaALLAH.

2 comments:

  1. Teman juga teringin beno nak ke tanah suci tu yop, mudahan gilo teman dan isteri ke sana tahun depan. Doa-dokanlah untuk teman (masa mika kerjakan umrah nanti) agar hajat teman dimakbulkan.tk

    ReplyDelete
  2. InsyaALLAH teman doaka,mike start le mengape doa dan bacaan yang patut dihape.Jangan asyik memikir bilik barakah aje kat sana

    ReplyDelete