Saturday, November 28, 2009

IBADAT QURBAN

Assalamuallaikum wr.wbt.

Alhamdulillah hari ini Jawatankuasa Masjid Al Aula berjaya mengadakan majlis Qurban sebanyak 10 ekor lembu telah ditumbangkan termasuk 3 ekor sumbangan Ketua Polis Negara.Terlalu rapat hubungan masjid dengan KPN tidak tahu apa sebabnya daripada dulu banyak betul sumbangannya terutama dalam bentuk kewangan.Aku terlibat juga menjadi ketua bagi lembu nombor 9,biasanya aku buat dirumah bonda dikampung tetapi tahun ini hendak relak sikit kononnya tumpang sebahagian saja di Masjid tetapi akhirnya dilantik juga sebagai ketua tetapi pengalaman lalu memudahkan kerja kita disamping rakan-rakan yang aku pilih di kalangan guru terlalu banyak membantu.

Namun agak berbeza pada tahun ini pengurusan lebih cekap berbanding tahun tahun sebelumnya,ada sistem yang nampak lebih profesional ,nampak lebih teratur walaupun ada sedikit kekurangan disana sini, insyaAllah pada tahun hadapan apabila ada penambahbaikan sudah tentu lebih baik lagi,sebab ketuanya orang profesional dan berilmu sudah tentu ada perubahan.

Teringat penceramah dalam televisyen pada pagi ini yang mengatakan bahawa ibadat Qurban ini jatuh wajib bagi yang berkemampuan ,tetapi mungkin ada segelintir lagi umat islam yang masih tidak sanggup berkorban jadi jumlah lembu yang dikorbankan tidaklah begitu banyak,diharapkan agar tahun hadapan semakin ramai yang sanggup mengeluarkan sedikit duit tiap-tiap tahun untuk melaksanakan ibadat qurban at least sebahagian macam aku.

No comments:

Post a Comment