Friday, November 6, 2009

Bonda oh bonda

Assalamulaikum wr.wbt.

Hari ini aku menghadiri mesyuarat profesional pengetua dan guru besar di SMK Seri Perak.Dua jam PPD memberi taklimat,terlalu banyak yang hendak disampaikan mungkin sudah hampir tiga bulan mesyuarat ini tidak diadakan.Penuh bersemangat PPD ni,diantara yang aku ingat dan catat serta menarik ialah pendekatan pemimpin instruksional yang berkesan mesti ada sifat-sifat berikut:

1. Curiosity 2.Creative 3. Comunicative 4.Character 5. Courage 6. Conviction 7. Charisma 8. Competent 9.Common sense 10. Crisis.
Sampai serak dan tidak keluar suara dia memberi taklimat aku lebih bersemangat untuk mencemerlangkan sekolah menjelang 2010.

Sebaik isteriku memasuki kereta sewaktu hendak dihantar kesekolah aku tersentak dan terkedu apabila diberitahu bonda yang kusayangi menelefon bertanya khabar .Sememangnya aku hendak balik berjumpa dengannya petang ni begitulah hati bonda mungkin dia sudah membilang hari dan sudah agak lama tidak bersua muka.Anaknya yang sering memberi alasan terlalu sibuk kononnya,aku bergegas bersama anak lelaki pergi menemui bonda.Teringat aku peristiwa dua tahun dulu aku menasihatkan abang sulungku yang bergelar Datuk yang pada masa itu terlalu sibuk supaya jika sekiranya tidak sempat menjenguk bonda tetapi menelefon sudah lebih dari mencukupi jika sekiranya sibuk,sebab pada masa itu bonda selalu merungut dan bertanya kepada ku tentang khabar abang sulungku.Begitulah hati setiap ibu.Namun aku masih ingat pesan seorang uztaz jika kita tidak sempat bertemu dengan ayah ibu setidak-tidaknya perkara yang paling naif yang perlu dilakukan ialah mendoakan setiap kali lepas kita mendirikan sembahyang.Kalau itupun tidak mampu dilakukan terlalu daif dan naif lah kita .Aku juga mengharapkan kepada anak-anakku supaya sentiasa mendoakan kesejahteraan kami berdua setiap kali lepas sembahyang.Sempat juga aku memberitahu bonda bahawa kami sekeluarga akan menunaikan umrah pada pertengahan Disember ini .InsyaALLAH aku dan isteri akan mendoakan kesejahteraan dan moga terpeliharalah kesihatan bonda dan bonda mertuaku dihadapan KAABAH.

2 comments:

  1. ngape tak bawak mak mika yop sekali ke Kaabah..

    ReplyDelete
  2. bukan tak mahu bawak bonda dah tua dan uzur dia kata dah 4 kali dia pegi umrah kome le pegi pulak dia kate

    ReplyDelete