Assalamuallaikum wr.wbt.
Hampir dua tiga hari tidak update blog,bukan apa kerana terlalu sibuk dan kadangkala keletihan yang amat sangat.Untuk mengadap komputer dalam keadaan begitu sudah tentu tidak banyak idea yang dapat dituliskan.Bermula dari hari jumaat,sampai hari Ahad,tidak berhenti-henti berjalan.perancangan awal memang cantik hendak menziarahi anak-anak bermula dari anak jantan yang seorang di Izuddin, cadangnya pada hari sabtu pagi.,kemudian terus ke Bandar Seri Putera bertemu dengan puteri sulung yang belajar di KUIS .Dijangkakan bermalam di Muar kerana keesokan harinya dapat bertemu dengan puteri kedua di SAMURA.Rupanya perancangan ALLAH SWT lain,tidak semena-mena dijemput pula menghadiri satu majlis pertukaran pucuk pimpinan jawatan kuasa tertinggi MLPk.Pertukaran berlaku apabila Tn.Hj Husni dinaikkan pangkat sebagai pengetua.Difahamkan beliau merupakan pengerusi yang paling singkat memegang jawatan.Ada satu jawatan dalam MLPk yang tidak berubah orangnya ,kebal betul,didoakan agar cepat naik pangkat sebagai pengetua,barulah jawatan bendahari tu dapat dipegang oleh orang lain.Seronok juga berjumpa dengan rakan-rakan lama dalam MLPk,bukan apa sudah lama tidak berjumpa sudah tentu banyak cerita baru yang boleh dikongsi bersama.Walaupun saya agak singkat juga dalam AJK tetapi hubungan silaturrahim dan kemesraan terjalin begitu erat dan akrab.Walaupun pada peringkat awal ingin balik awal pagi tetapi terpaksa ditunda sehingga selepas break pukul 10.Pelan A untuk menziarahi anak terpaksa ditukar ke pelan B pula.Petang minum bersama anak jantan di Ipoh.Sebelum subuh Ahad bertolak dari rumah ke Bandar Seri Putera untuk breakfast dengan anak sulung dan terus ke Muar untuk bertemu dengan anak kedua dan makan tengahari bersama dengannya di Restoran JJ.Niat untuk berjumpa anak-anak telah tercapai.Tujuan untama untuk melihat perkembangan anak-anak terutama dari segi pelajaran jadi anak-anak kena faham pengorbanan emak dan abah.Hari Isnin pergi sekolah masih terasa keletihannya lebih-lebih lagi berpuasa hari ini.Teringat pula tidak sempat menziarahi bonda tersayang,terus kerumahnya dari sekolah memang rupanya bonda tidak begitu sihat demam katanya. Sebelum itu singgah dikedai rojak dan mee rebus tapi sayang dah habis,bukan rezeki bonda rupanya.Didoakan agar demam bonda kebah cepat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment