Assalamualaikum wr.wbt.
Hari ini hendak cerita fasal makcik yang mengayuh basikal dari Sepintas menjaja barang kepasar Sabak Bernam.Hampir setip hari saya akan bertembung dengannya dijalan sepintas.Usianya mungkin sudah mencecah 60an,tetapi masih terus berusaha,bangun sesudah subuh,mengayuh basikal dalam kedinginan pagi,setiap hari tanpa kenal erti penat dan jemu,demi mencari rezeki yang halal.Perjalanan nya saya rasa agak jauh juga tanpa rasa takut sewaktu samar-samar pagi saya kira makcik ini sudah melakukan kegiatan menjual dipasar dari usia muda lagi.Cuma saya dapat rasakan makcik ini mempunyai motivasi yang tinggi,yang mustahilpun dilakukan oleh orang yang tidak mempunyai motivasi sepertinya.Dipandang dari segi kesihatan sudah tentu makcik ini mempunyai kesihatan yang baik kerana kayuhan basikal yang dilakukan setiap hari merupakan satu senaman yang sangat baik malah dengan membawa sekali barangan yang hendak dijual dipasar.Satu perkara lagi yang perlu ditiru ialah sikap rajin dan tekun makcik tersebut.Jika dipandang dari segi wang ringgit mungkin keperluan sehariannya lebih dari mencukupi ataupun ada diantara anaknya yang telah berjaya dengan jawatan yang baik.Tetapi makcik itu meneruskan pekerjaannya kerana dia seronok bekerja dan bahagia dengan keadaan tersebut.Teringat kata-kata seorang sarjana "Sesiapa yang bekerja semata-mata kerana wang dan bukan kerana cintakan pekerjaan itu,dia tidak akan memperolehi wang dan kebahagiaan dalam hidupnya.Dalam apa-apa yang kita lakukan ketekunan,kerajinan,kebahagiaan,keseronokan perlu ada didalam diri terlebih dahulu sebelum melakukannya agar kita mendapat impak yang baik.
No susu - yes susu
4 years ago
No comments:
Post a Comment