Assalamuallaikum wr.wbt.
Sesuatu yang tidak terduga pagi-pagi ada seorang guru menceritakan masalah dirinya,terkejut juga sekejap tetapi ilmu yang ditimba dalam bidang kaunseling sangat membantu untuk menenangkan guru yang dalam kecelaruan emosinya.Cuma kadangkala dia tidak sedar bahawa masalah itu timbul kerana kesilapan yang datang dari dirinya sendiri.Cubalah buat perubahan dan bina kembali hubungan dengan pasangan sudah tentu masalah tersebut akan dapat diatasi sedikit demi sedikit.Masing-masing ada ego dan cubalah kembali mendapat keredaan Allah SWT,sudah tentu yang kusut masai akan dapat terungkai.
Mesyuarat jawatan kuasa PIBG,laporan penuh tentang sekolah telah saya sampaikan kepada AJK.Apa yang sekolah perlukan sangat ialah kerjasama sepenuhnya dari PIBG dalam apa juga progran sekolah kerana sokongan PIBG yang mantap merupakan salah satu pakej yang sangat-sangat perlu untuk sesebuah sekolah meraih kecemerlangan dan pada tahun 2009 sokongan PIBG sangat bermakna dan buktinya keputusan PMR telah meningkat,jadi sokongan yang berbelah bagi itu perlu berterusan dan berpanjangan.
Sebelum itu,sempat memasuki kelas Tingkatan Lima untuk siri motivasi siri kedua.saya merasakan bahawa diperingkat awal sangat perlu pelajar ini diberi Nasihat,Motivasi dan Amaran.Jika perkara itu dilakukan disaat-saat terakhir sudah tentu kurang menyengat sentuhannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment