Monday, February 8, 2010

MERAIH CINTA ALLAH SWT

Assalamuallaikum wr.wbt.

Hari ini dalam kesibukan sempat membaca satu bab buku yang bertajuk "Jagalah Allah dan Allah akan menjagamu".Buku ini sebenarnya hadiah dari guru-guru Khir Johari sewaktu aku berpindah dahulu baru terjumpa balik.Menarik kandungan bukunya.Diantara yang aku baca ialah Cara-cara untuk meraih cinta Allah SWT.

1. Dengan AlQuran
iaitu dengan merenung ,membaca dan mengamalkan kandungan AlQuran.Demi Allah
sebaik-baik orang yang paling mulia dan paling agung antara kita ialah orang yang berhubung
terus dengan AlQuran.

2. Melepaskan dunia dan zuhud terhadapnya
Maksudnya tidak terlalu berkeinginan dengan kehidupan dunia dan sentiasa bersikap zuhud
(Meninggalkan kesenangan duniawi).

Salah satu peringkat yang paling agung dalam mendekatkan seorang hamba kepada
Allah (SWT) adalah ketika dia mengeluarkan kecintaannya terhadap dunia dan hatinya.

3. Qiyamullail(Solat malam)
Allah SWT menyebutkan salah satu sifat hambanya yang bertaqwa adalah yang gemar
melakukan Qiyamulail.

Qiyamullail merupakan satu sunah yang diajarkan oleh Rasulullah (SAW) yang tercinta
satu lambang kejayaan Islam.Kalau kita sudah kehilangannya,maka kita akan kehilangan
nilai keimanan.Kita akan kehilangan muhasabah nafsi dan kita juga akan kehilangan nikmat
beribadat dan ketaatan kepada Allah SWT.

4. Merenungkan ayat-ayat Allah.
Bermaksud melihat tanda-tanda kebesaran Allah SWT.Setiap kali kamu melihat
sesuatu dari ciptaan Allah maka dengan itu semakin dekat diri kita Allah.


Cuba-cubalah muhasabah diri adakah kita mempunyai ciri-ciri ini.

No comments:

Post a Comment