Assalamuallaikum wr.wbt.
Dah lama juga tidak update blog bukan apa seminggu tidak ada peluang ,kerana laptop digunakan oleh anak-anak sewaktu mereka bercuti,semalam sempat buat meeting sedikit dengan beberapa orang rakan ditaman ini,biasalah metingnya sambil minum teh tarik di restoran,mengadakan perbincangan bagaimana hendak menghentikan kegiatan kecurian yang semakin menjadi-jadi sekarang dikawasan taman ini.Geram betul aku tengok rumah aku sudah dua kali dia dapat ambil duit,kali kedua lebih 700 kali pertama 300.Banyak juga cadangan dari kawan-kawan.Tetapi yang penting rumah mesti dalam keaadaan selamat,kunci kesemua pintu dan tutup kesemua tingkap.Jangan lali dan cuai,sebab pencuri jenis ini mengambil kesempatan dari kecuaian kita.Aku rasa duit aku dapat diambil kerana aku cuai terlupa bawa masuk dompet kedalam balik.Mulalah dia boleh kait dompet tu.Banyak juga yop,masing-masing cuba memasang perangkap dan malam esok operasi jaga malam.Tapi tahan ke aku pun tidak pasti,pukul 10 mata dah mula mengantuk.tetapi bak kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga ketanah juga engko nanti pencuri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tunggu pencughi tak tido, ate ape pulak heinye dighomahtu ghugi juge ninggeikan deme memalam boloh ni.
ReplyDelete