Assalamuallakum wr.wbt.
Hari ini terpaksa mempengerusi dua meeting,pertama sukan sekolah yang dijangka akan dibuat pada 18.3.2010 dan kemudian pertemuan dan taklimat Penolong PPD Pembangunan dan Bekalan dengan semua penghuni kuaters guru Ulu Bernam.Sudah lama menjadi isu tentang Kuaters ini dari segi pembersihan penyelenggaraan dan keluar masuk penghuninya.Hampir setahun di SMKUB inilah pertama kali dapat mempertemukan penghuninya dengan wakil PPD.
Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar tetapi yang memeranjatkan guru besar ketiga-tiga sekolah rendah tidak hadir,sememangnya mereka tidak memerlukan permuafakatan yang ingin dibina agaknya ataupun terlalu sibuk dengan tugas-tugas disekolah sehingga tidak sempat untuk menghadirkan diri ataupun sengaja tidak mahu menghadirkan diri kerana hendak membiarkan perkara dan masalah berpanjangan.
Sebuah Jawatan kuasa telah dibentuk dan terserahlah kepada AJK ini untuk melaksanakan pelbagai program bagi kesejahteraan penghuni Kuaters ini.Walaupun tanpa membuat tuntutan En.Fadli hadir juga inilah pegawai yang boleh dicontohi dari segi integriti dan akauntabaliti.Biasanya tidak ada istilah percuma dalam menjalankan tugas.Terima kasih daun keladi En.Fadli kalau boleh lain kali datang lagi .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment