Assalamuallaikum wr.wbt.
All men who achieved great things have been dreams
Semua orang yang telah mencapai kejayaan yang besar
pernah berangan-angan
Kata-kata sarjana itu sebenarnya mempunyai pengertian yang luas dan perlu ditelusuri dari segenap sudut.Angan-angan bukan boleh disinonimkan dengan khayalan tetapi perlu dilihat dari kacamata yang positif iaitu sesuatu kejayaan akan dapat diperolehi atau digarap dengan adanya visi dan cita-cita dan angan-angan serta impian yang telah wujud dalam hati dan sanubari seseorang.
Bila ada angan-angan,perlu ada cita-cita yang ingin dicapai selepas itu baru datang usaha dan ikhtiar untuk menggarap visi dan cita-cita tersebut.
Daripada usaha dan ikhtiar timbul pula perkataan kesungguhan,tungkus lumus,bermati-matian dan kalau ada kesukaran pula timbul perkataan jerih payah,pahit maung dan pelbagai lagi perkataan yang menggambarkan kesukaran untuk memperolehi apa yang diidamkan dan diangankan.
Kesimpulannya setiap manusia perlu ada angan-angan dan impian untuk mencapai kejayaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bagaimana dengan yop mat jenin kite boleh pakei ke angan2nye?
ReplyDelete