Assalmuallaikum wr.wbt.
Memang seronok juga dapat bermain golf sesekali.sudah lama tidak bermain agak kekok juga tetapi skill masih ada dapat juga Par beberapa lubang.Disebabkan badan masih fit dilubang awal dapatlah bermain dengan baik.Sememangnya golf perlukan latihan yang banyak,kena hari-hari main jika main jarang-jarang sudah tentu banyak yang tidak dapat dikuasai.Mulahlah bola melilau kesana-sini.Sempat juga menghadiri dua kenduri kahwin .Bulan ini dan bulan depan memang musim orang mengadakan walimatulurus.Selepas itu sempat pula menjengok emak dirumah dia kata dah sihat sudah boleh makan,saya bawa beberapa jenis makanan untuk bonda tersayang termasuk satu paket gula-gula untuk menghilangkan mulutnya yang terasa pahit.Didoakan semoga bonda sihat selalu dan dapat mengerjakan sembahyang dengan sempurna.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment