Friday, February 5, 2010

MASJID KAMPUNG

Assalamuallaikum wr.wbt.

Hari jumaat begini agak sibuk dan sesak sedikit kerana masa yang begitu pendek dan singkat banyak kerja yang hendak disiapkan.Buat kerja dan masuk kekelas mengajar sudah menghampiri pukul 12.Jadi hari ini saya ambil keputusan untuk sembahyang diUlu Bernam,biasanya saya singgah mana-mana tiga masjid sepanjang jalan di Sepintas.Dalam cuaca yang hujan lebat sewaktu menghampiri waktu Zohor sudah tentu jemaah yang datang tidak begitu ramai.Namun yang uniknya di masjid ini seperti berada di luar negara kerana jemaahnya internasional.Ada rakyat Indonesia,Bangladesh,Myamnmar India belum campur Mamak lagi dan Pakistan.Mungkin jemaah mereka lebih ramai dari penduduk tempatan.

Biasalah Masjid kampung Tuk Khatibnya membaca khutbah tidak dari hati, meleret-leret,tona suara yang sama,cuaca sejuk apalagi ramailah yang lena,awak sendiripun hampir-hampir lena.Tetapi dapat juga menangkap apa yang ingin disampaikan oleh Tuk Khatib iaitu tentang pentingnya pendidik,pendidikan dan hasil dari pendidikan isi dan fakta memberangsangkan tetapi cuma cara penyampaian yang kurang menyengat dan tiada motivasi kata orang sekarang .Sedih juga melihat jemaah yang hanya separuh masjid sahaja.

Sewaktu pulang sempat solat Asar di salah satu masjid di Sepintas,saya kira termasuk diri saya hanya 16 orang jemaah sahaja yang hadir ke Masjid.Semuanya dalam usia 50an dan 60an,yang lain mungkin sibuk dengan aktiviti masing-masing.Cubalah renungkan nasib masjid dikawasan pendalaman sekarang.Itu masih ada ampun maaf lagi.Mungkin ada yang dikawasan yang dalam kampung lagi yang hadir mungkin Imam dan bilal.Semoga tidak berlaku begitu.

No comments:

Post a Comment