Assalamuallaikum wr.wbt.
Target bulan januari untuk berjumpa dengan semua pelajar Tingkatan Lima dan Tiga telah tercapai.Bukan setakat memberi Nasihat,Motivasi dan Amaran (NASIRAN),tetapi berjaya mendapatkan latarbelakang mereka melalui beberapa soalan yang diberi.Hampir 99% biodata pelajar tersebut telah berada dalam fail saya.Namun masalah pelajar di Ulu Bernam ini ialah mereka menghadapi masalah keyakinan diri.Mereka rasa tidak pandai dan sebenarnya mereka tidak tahu bahawa sebenarnya mereka boleh menjadi pelajar cemerlang.Mereka menghadapi masakah keyakinan diri,mereka rasa mereka tidak pandai,mereka rasa tertekan kerana sukar untuk menjadi benar-benar cemerlang.Mereka juga rasa mereka tidak ada bakat dan kemahiran.Lebih membimbangkan kita khuatir perasaan itu akan kekal hingga gagal untuk mencari potensi diri yang sebenar yang terpendam didalam diri mereka.Perasaan seperti ini bukan saja berlaku pada mereka tetapi kepada pelajar asrama penuh,kolej dan universiti.Perasaan rendah diri dan tidak berjaya seperti orang lain.Mereka sebenarnya lupa bahawa mereka lebih HEBAT dan lebih BIJAK dari orang lain.Saya menerangkan kepada mereka bahawa jika anda sering bersedih kerana mengenangkan bahawa anda tidak sehebat orang lain,anda sedang membandingkan diri anda dengan kejayaan orang lain yang anda belum kecapi dan membandingkan kegagalan anda masa lepas.Saya juga menjelaskan kepada mereka bahawa pelajar menjadi rendah diri kerana mereka membandingkan keputusan mereka dengan pelajar lain yang lebih cemerlang.Padahal keputusan pelajar lain yang lebih cemerlang bukan membuktikan mereka lebih hebat daripada kita.Mungkin kerana mereka melakukan cara lebih betul dan lebih baik.Jadi mengapa perlu bersedih,merendah diri dan takut untuk mencuba.Markah yang rendah mungkin kerana mereka tidak belajar bersungguh-sungguh atau strategi belajar yang digunakan tidak bekesan,jadi mengapa perlu hilang keyakinan diri dan percaya diri kita tidak berpotensi untuk berjaya seperti orang lain.Sebenarnya,pelajar lupa mereka juga hebat orangnya dan pelajar itu juga dilihat hebat oleh orang lain.Kita tidak mudah sedar bahawa ketika kita rasa rendah diri melihat kehebatan orang lain,orang lain merasa rendah diri apabila melihat kehebatan kita.Apabila minda sudah penuh dengan kehebatan,semangat,kemampuan dan keyakinan sudah tentu akan meningkat.Kita mula rasa kita layak menjadi hebat dan berjaya seperti orang lain.Kita juga mampu lakukan apa yang mampu dilakukan oleh orang lain.Berapi-rapi memberi motivasi kepada pelajar anak-anak sendiri perlu juga tunjukkan kehebatan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment