Assalamuallaikum wr.wbt.
Sudah dia tiga hari tidak dapat update blog ini,bukan apa tetapi line yang tidak begitu cantik,asyik hanging sahaja,lebih-lebih disekolah.Dua tiga hari diberi peluang memasuki kelas yang tidak dalam jadual yang ditetapkan,hampir semua kelas tingkatan lima sudah ditemui ,memberi motivasi awal dan memberikan sedikit assingment untuk mereka tulis sebagai panduan saya mengenali mereka dengan lebih dekat.Biasalah sekolah dikawasan pedalaman,masih tidak begitu terbuka .Dari hasil tulisan mereka dapat dibuat tafsiran bahawa banyak perkara yang masih mereka tidak tahu dan mungkin tidak dapat gambaran yang sebenar.Namun daripada cita-cita yang ditulis mereka sebenarnya mempunyai keinginan untuk berjaya dan sebenarnya sebahagian besar mempunyai kemampuan berdasarkan keputusan peperiksaan yang mereka perolehi.
Bimbingan,panduan dan tunjuk ajar sangat-sangat diperlukan untuk membolehkan mereka menggarap dan menggapai cita-cita murni mereka.Terserahlah kepada guru-guru yang ada disekolah kerana mereka sudah tidak punya apa-apa lagi dikawasan itu,berbanding dengan pelajar yang tinggal di bandar yang sudah tentunya mempunyai kelas tuisyen dan pelbagai lagi kelas yang membolehkan mereka mendapat tonik ataupun bantuan tambahan disamping belajar disekolah.Hendak mengharapkan bantuan ibu-bapa sudah tentu sebahagian kecil sahaja yang dapat membantu dari segi pengajaran dirumah,kerana taraf pendidikan ibu bapa yang kebanyakannya rendah.Namun kegigihan ibu-bapa yang masih sanggup menghantar dan bekerjasama dengan pihak sekolah sudah lebih dari mencukupi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam tuan,
ReplyDeleteAter mike sebagai pengetue mampu buat perubahan
Mike yang memolerkan..Esok kume di Pangkor ijak ke nak ngikut.Malamni malam Jemaat pandei2 le mawak dighi jangan lesak sangat tidortu.Keh..keh..