Wednesday, January 6, 2010

SAKIT PINGGANG

Assalamuallaikum wr.wbt.

Menyambung cerita menunaikan umrah,pada hari seterusnya di Mekah kami dibawa pula melawat ke padang Arafah,Mina dan Muzaliffah.Terlalu banyak pembangunan yang berlaku dalam tempoh enam tahun aku tidak mengunjungi kota suci ini.Selepas ini mungkin tidak perlu bersesak menaiki bas lagi ke Padang Arafah,Muzalifah dan Mina kerana telah disediakan monorel dari kota Mekah.Mungkin nanti tidak ada lagi khemah di Arafah kerana mungkin didirikan bangunan pula.Pokok-pokok pun dah mula membesar dan tinggi sekurang-kurangnya dapat mengurangkan bahang panas apabila ramai umat Islam mengerjakan haji.
Masih ramai yang memanjat Jabal Rahmah dsakitan berdoa masing-masing dengan niat hanya mereka saja yang tahu apa yang dimunajatkan,sempat pula aku dan Aizat menaiki motorsikal roda tiga mengeliling dataran Jabal Rahmah.



Hari itu kami bermiqat di Jaranah untuk Umrah yang ketiga lebih kurang 25 km dari kota Mekah.Alhamdulillah dapat juga diselesaikan dengan sempurna walaupun terasa sangat sakit pinggang,terutama apabila mengerjakan saie ,rasa nak tumbang apabila rukuk mungkin usia dah meningkat.Tapi main golf tidak pula terasa sakit perli isteriku apabila aku mengadu dan menyuruhnya memicit bahagian pinggang yang sakit.

1 comment: