Thursday, January 14, 2010

JANGAN HANGAT-HANGAT TAHI AYAM

Assalamuallikum wr.wbt.
Dari pagi sampai tengahari menghadiri penerangan dan penjelasan mengenai NKRA Pendidikan satu road show yang dijalankan oleh kementerian pendidikan.Dua penceramah yang memberi tumpuan kepada 4 Sub-NKRA iaitu untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.

1. Prasekolah-meningkatkan kanak-kanak berada di prasekolah kearah 87% menjelang 2012.
2.Literasi dan Numerasi-setiap kanak-kanak ada kemahiran asas literasi dan numerasi menjelang 2012.
3.Sekolah berprestasi tinggi-Sekolah yang ada Etos ,karakter dan identiti tersendiri
4.Tawaran baru kepada pemimpin sekolah(New Deal -Baiah)

Begitu hebat penerangan dan ulasan penceramah,satu langkah dan perancangan yang menarik,namun bagi saya yang penting pelaksanaan dan pemantauan yang berterusan perlu ada agar segala yang dirancang sampai kepada matlamat.Teringat kembali kepada PIPP apa telah terjadi? ,bagai hendak rak menyediakan laporan.Laporan yang disediakan hebat tetapi yang terjadi sebenarnya dilapangan dan disekolah banyak yang tidak benar dari yang benar sekadar hendak mengampu dan menghantar laporan mengikut tarikh yang ditetapkan.Walaupun begitu sebagai warga pendidik,perancangan positif sebegitu perlu diberi sokongan sepenuhnya ,supaya dapat dilaksanakan dengan baik dan matlamat 2012 tercapai.Bukan senang hendak melaksanakan budaya koporat dalam pendidikan.
Hasrat Datuk Idris Jala sebagai CEO pemandu dapat dicapai dengan sokongan semua pihak secara continuous bukan hangat-hangat tahi ayam.

No comments:

Post a Comment