Thursday, January 21, 2010

PERANAN GURU SANGAT PENTING

Assalamuallaikum wr.wbt.

Pagi-pagi lagi telah didatangi oleh seorang bapa yang anaknya didapati ponteng semalam.Memang saya memninta PK Hem memanggil ibu bapa supaya mereka tahu tentang perilaku anak mereka.Namun saya mengucapkan terima kasih kepada Encik Kamar yang sudi datang ke sekolah dan mendengar cerita sebenar tentang masalah anaknya.Sememangnya bapanya tidak tahu perkara sebenar malah apa yang diceritakan kepada bapanya tidak sama dengan peristiwa dan perbuatan melanggar disiplin yang telah dilakukan.Malah ada cerita yang direka-reka bagi helah bela dirinya yang tidak menyiapkan kerja sekolah.

Didalam mesyuarat pertama lagi saya telah menekankan kepada guru-guru supaya tidak berkompromi tentang latihan dan pelajar perlu menyiapkan pada waktu yang telah ditetapkan,kerana dalam proses pengajaran dan pembelajaran cemerlang aspek latihan dan pengukuhan merupakan satu aspek yang penting.

Pengajaran merupakan satu proses memindahkan ilmu,memperkembangkan potensi individu,membolehkan individu mengaplikasikan ilmu serta menyumbang kepada keharmonian keluarga masyarakat dan negara.Pembelajaran pula merupakan satu proses mengumpul maklumat dan pengalaman secara berterusan yang berlaku dalam diri seseorang sejak dilahirkan.Secara formal pembelajaran melibatkan proses memperoleh ilmu,menyimpan ilmu,mencanai ilmu dan menyatakan ilmu dalam bentuk lisan dan penulisan.Jadi latihan dirumah dan sekolah sangat penting untuk pelajar.

Selalu saya tekankan kepada guru iatu bagi mencapai objektif sesuatu pengajaran dan pembelajaran,proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang berlandaskan kepada piramid pembelajaran iaitu:

10%- Apa yang dibaca
20%-Apa yang kita dengar
30%-Apa yang kita lihat
50%-Apa yang kita dengar dan lihat
95%-Apa yang kita ajar kepada orang lain
Jelas maha pentingnya berdasarkan piramid pembelajaran ini,apa yang kita ajar kepada orang lain itu sangat penting,dan guru sendiri perlu bersedia sebelum masuk kekelas.

No comments:

Post a Comment