Assalamuallaikum wr.wbt.
Hari ini terpaksa ambil MC sebab ada apointment untuk cabut gigi dengan klinik Dr.Oii,walaupun ada mesyuarat profesional diPPD diwakilkan sahaja kepada penolong kanan.Selepas gigi dicabut sempat pergi pasar dan membayar cukai taksiran rumah di MPTI.Balik rumah relaks dan sempat lelap sementara menunggu isteri tersayang menyiapkan hidangan tengahari.Walaupun gigi dicabut makan tengahari tetap berselera kebih-lebih lagi dengan asam pedas ikan kembong dan pecal tetap dua pinggan .Sebelum sembahyang jumaat diumumkan bahawa pihak Masjid menjalankan sembahyang gerhana matahari lebih kurang pukul 3.30 petang.Aku berazam untuk turut bersama, balik kerumah terpaksa membatalkan niat untuk bermain golf,memandang sembahyang sunat khusuf ini sangat penting sehinggakan dihukumkan sebagai sunat muakkad.Namun disebabkan terlelap agak lewat sampai ke Masjid ,Uztaz Khairudin sedang berdoa bersama dengan jemaah lain aku terpaksa sembahyang bersendirian dibelakang nasib baik teringat kaifiat sembahyang sunat gerhana yang baru dibaca dalam suratkhabar dan dalam internet tadi kerana dilaksanakan dalam dua rakaan dengan setiap rakaat ada dua kali rukuk dan dua kali sujud.Gerhana Matahari dan Gerhana Bulan bukanlah sekadar itu dilihat beramai-ramai tetapi sebenarnya merupakan satu gambaran tentang kekuasaan dan kebesaran ALLAH SWT Apabila berlaku sahaja ada beberapa perkara yang sunat dilakukan oleh orang Islam iaitu seperti sembahyang sunat gerhana,berdoa ,berzikir dan bersedekah dan lebih aula dilakukan di masjid dengan bacaan khutbah sekali selepas sembahyang.Sempat juga aku mendengar khutbah yang dibacakan oleh uztaz Khairudin.
No comments:
Post a Comment