Sunday, January 10, 2010

PERJALANAN KE MADINAH

Assalamuallaikum wr.wbt.

Hari ini terpaksa ambil MC berjumpa dengan Dr.Oii kilinik gigi di Teluk Intan,dengan harapan dia dpat buat sesuatu untuk mengurangkan kesakitan gigi tapi sama saja ulasannya suruh makan ubat terlebih dahulu kemudian datang pada hari jumaat untuk dicabut.Sakit gigi seperti biasa ditahan sajalah,berdoa agar sakit bahagian gusi cepat sembuh dan ditelan lagi ubat supaya sakit berkurangan.

Meneruskan cerita mengerjakan umrah,pada hari terakhir di Mekah sempat lagi aku mengucup HajarulAswad walaupun kali ini dugaan dan cabarannya amat kuat,namun dalam kepayahan itu aku dapat juga buat kali yang ketiga,terima kasih isteriku yang tersayang kerana memberi semangat dan dorongan agar aku mencuba.Kami melakukan tawaf wida ,agak mudah dan berjalan dengan lancar dan cepat kerana jemaah yang melakukan tawaf tidak ramai kerana cuaca yang agak panas pada ketika itu,Aizat agak keletihan kerana tidak tahan dengan cuaca yang panas ,sempat kau menyatakan kepadanya bahawa panas atau tidak terletak pada diri kita sendiri.InsyaALLAH dengan azam dan doa suasana panas akan menjadi sejuk,sebab Abah dengan emak pernah membuat umrah pada waktu begitu dan sedang berpuasa pula ,namun tidak terasa sangat bahang kepanasannya sewaktu kami mengerjakan umrah pada bulan Ramadhan tahun 2003.

Kesedihan yang teramat sangat,apabila kami terpaksa meninggalkan kota Mekah dan menuju ke Kota Madinah.Aku dan keluarga berdoa agar diberi kesempatan dan peluang sekali lagi untuk datang dan menjadi tetamu Allah pada masa akan datang dan kalau boleh dalam jangka masa yang terdekat.Dalam separuh perjalanan ke Kota Madinah kami berhenti disebuah Restoran Yaman untuk makan dan bersolat .Selera pula pada masa itu makan secara beramai-ramai sama seperti berkenduri makan yang tidak menggunakan meja dan duduk secara bersila.Sampai di Kota Madinah sudah agak lewat malam lagi sekali kami terpaksa check in di Hotel Al-Ansar Golden berhampiran dengan pagar Masjid Nabawi cuma yang agak kurangnya ialah lif yang agak lambat mungkin terlalu ramai penghuninya.Aku mencadangkan agar check in dulu dan makan malam tanpa membawa beg kebilik kerana kami belum menunaikan sembahyang Isyak,cuaca yang agak sejuk di Madinah membuatkan kami terpaksa memakai baju yang agak tebal,berguna juga Blazer yang aku beli dari kedai bundle apabila cuaca begitu.Alhamdulillah aku dan Aizat dapat solat di Masjid Nabawi ke Raudah berdoa dan melakukan ziarah ke makam Nabi Muhamad dan sahabat iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar .Balik sempat pula kena teh Madinah sebelum tidur.

No comments:

Post a Comment