Friday, January 22, 2010

KEPIMPINAN ADALAH SATU AMANAH

Assalamuallaikumwr.wbt.

Hari ini diadakan larian SMKUB ,alhamdulillah selesai tanpa ada apa-apa yang tidak baik,saya pun berlari sama dengan pelajar-pelajar bukan berlari tetapi lebih banyak berjalan sekadar meningkatkan kecergasan,sebelum itu diadakan latihan regangan,banyak idea juga cikgu-cikgu ini semuanya mengikut yang telah dirancang dan saya ingatkan berkali-kali perancangan perlu agar masa pelajar terisi tidaklah mereka sempat melakukan perkara yang tidak baik.

Selepas itu terpaksa pergi ke Teluk Intan untuk menjemput anak yang balik dari Kolej.Saya berdoa agar feri tidak buat hal seperti pagi tadi,kerana saya berniat untuk sembahyang jumaat di Masjid Batak Rabit,suatu masjid lama di tepi jalan berhampiran dengan Sungai Perak.Sempat juga tidak sangka Masjid ini bertutup keliling dan berhawa dingin ramai juga jemaahnya.Suatu yang menarik ialah bacaan khutbahnya,Khatibnya agak muda pertama sekali beliau menerangkan tentang maksud TAQWA ,perkataan ini menjadi satu yang keramat dan selalu ditekankan dalam apa juga ceramah,nasihat dan pelbagai lagi yang bersangkutan dengan agama tetapi telalu sedikit manusia yang mengamalkan.Beliau menjelaskan lagi bahawa taqwa merupakan seperti seorang yang berjalan diatas atau berhampiran dengan benda yang berduri,perlu cermat dan berhati-hati agar langkah dan tapak kaki tidak tercucuk duri,begitulah maksud bertaqwa kita perlu berhati-hati dalam kehidupan agar tidak melakukan walaupun sekelumit perkara yang mungkar yang dilarang oleh Allah SWT barulah dikatakan insan yang bertaqwa.

Seterusnya beliau meneruskan khutbahnya dengan ciriciri pemimpin yang baik yang mengikut lunas Islam.Kepimpinan merupakan satu amanah ,begitulah apa yang telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad SAW kepada Abu Zar AlGhifari apabila beliau minta dilantik untuk menjadi pemimpin,jika tidak mampu untuk menunaikan amanah ALLAH SWT dan menegakkan agama Islam sudah tentu akan menjadi pemimpin yang zalim .Beliau menerankan lagi bahawa hendak menjadikan sesuatu negara sebagai negara Islam tidak boleh dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dan bercampur-campur dengan sistem yang lain seperti sistem sekular.Analogi yang diberi mudah sahaja,dan rasanya semua jemaah faham iaitu jika kita hendak makan durian mesti benih yang ditanam ialah durian,barulah kita dapat merasai nikmat dan hasilnya durian.Tidak boleh hendak menikmati durian kita tanam rambutan.Kalau mereka tidak faham juga tak tahulah lagi.

Sebelum beredar dari Masjid terjumpa juga seorang sahabat,ingat apabila sembahyang disitu tidak akan berjumpa dengan sesiapa yang dikenal.Sempat memuji Khatibyang membaca khutbah tadi.Jawapannya senang saja biasalah orang kita.Tetapi yang tidak sedap sedikit kanak-kanak ramai sangat yang membuat bising sewaktu khutbah dibacakan

No comments:

Post a Comment