Assalamuallaikum wr.wbt.
Hari ini sudah memasuki empat hari persekolahan,nampak ayanya tidak ada masalah berat yang berlaku.Proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar,cuma masalah kontrak pembersihan swasta yang baru bertukar tangan sahaja nampak ada masalah sedikit tetapi dapat diselesaikan dengan baik apabila ada perbincangan,kerjasama dan muafakat.Namun kerja-kerja pembersihan ini perlu dilakukan pemantauan setiap hari baru kita rasa puas hati.Tidak boleh alpa.
Meneruskan cerita kerja menunaikan umrah,ada juga hari yang tidak ada ziarah diaturkan dan jemaah boleh melakukan aktiviti masing-masing.Apalagi anak-anak mulalah mereka merancang untuk berjalan disekitar MasjidilHaram.Terdapat banyak kompleks dan kedai disekitar kalau dikirakan lebih kurang macam MidValley di Kuala Lumpur.Tetapi pengunjungnya semakin berkurangan kerana Jemaah Haji sudah ramai yang bergerak ke Madinah.Hendak dicari pakaian jenis apa semua ada,minyak wangi dari yang murah sampai yang berharga beribu ringgit semua ada.Begitu juga barang kemas dan makanan yang penting ongkosnya mesti ada.Sempat juga Aizat dan kakaknya membeli KFC dan ayam panggang Taza emak dan bapaknya tumpang makan sama.
Selepas Asar diadakan pula ceramah agama oleh ketua Mutawiff Uztaz Ali Sudirman ,pelajar Indonesia yang hampir lapan tahun belajar di Mekah.Kesemua Mutawiff kumpulan kami merupakan pelajar Indonesia yang belajar di Madrasah di Mekah.Mereka sanggup bekerja sambil belajar untuk mencari sumber kewangan bagi meneruskan pengajian mereka.Survival mereka dalam menuntut ilmu sangat-sangat dihargai dan dikagumi.Apa yang menarik ialah cara mereka bertutur dan ilmu yang ada pada mereka sewaktu memberi penerangan.
Diantara isi ceramah mereka ialah tentang tempat-tempat mustajabah berdoa di BaitullahHaram.Ambilah kesempatan sepenuhnya.Pohon dan minta apa yang hendak diminta dan dipohon.Diperjelaskan dalam ceramahnya siapa yang berdoa di Rukun Yamani 70 malaikat yang sama akan mengaminkan doa kita.Begitu juga kawasan Raudah di Masjid Nabawi.
Aku terus mengingatkan anak-anak supaya terus mengambil kesempatan untuk berdoa dan sempat juga berpuasa sunat sehari di Mekah. ALHAMDULILLAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment