Friday, April 9, 2010

TUK KATIB MASJID SERI PERKASA

Assalamuallaikum wr.wbt.

Hari ini bersembahyang di Masjid Seri Perkasa Hutan Melintang,setelah mengadakan sedikit perbincangan dengan Manager UP Ulu Bernam mengenai tawaran pihak sekolah untuk mengusahakan tanah sekolah yang penuh dengan lalang bagi tanaman kelapa sawit,positif juga perbincangan tadi tetapi masih diperingkat awal kerana ada beberapa perkara yang perlu dibereskan sebelum dibuat kata putus dapat dibuat,perkara tersebut sepatutnya diselesaikan sejak dahulu lagi,tetapi kadangkala tidak ada inisiatif dan faktor "hear and say" menyebabkan perkara yang menguntungkan tidak dapat dilaksanakan.Harap-harap kali ini masalah tanah yang seluas itu dan kesusahan untuk menyelenggara akan dapat diselesaikan.

Teringat kata-kata Tuk Katib di Masjid Seri Perkasa tadi,yang menceritakan tentang perkara yang susah dan senang.Tuk Katib menyatakan bahawa perkara yang susah merupakan cabaran dan perlu usaha untuk mengatasinya,manakala perkara yang senang juga merupakan cabaran yang perlu berhati-hati menekuninya agar kita tidak lalai dan alfa.Namun sambungnya lagi usaha bersungguh-sungguh perlu dilakukan dalam apa jua yang kita lakukan agar segala yang kita inginkan dapat dicapai.

Sempat juga bermain golf bagi menghilangkan pening kepala dan stress bagi menduduki peperiksaan PTK DG 48 ,bilalah hendak dihapuskan?

1 comment: