Thursday, April 8, 2010

JADI FASILITATOR

Assalamualaikum wr.wbt.

Dua hari tidak dapat update blog,perlu menghadiri kursus penolong kanan di Taiping Golf Resort ,bertugas sebagai fasilitator bagi slot menonton filem 'Lean on Me' tekun pula PK PK ini menonton wayang teringat masa dulu-dulu duduk dalam panggung tidak berdetik selama 1 jam 45 minit ada juga kesannya filem ini yang ditonton secara santai,dua malam disana sempat juga bermain golf di Bukit Jana Golf Club,tetapi sempat main 9 lubang sahaja kerana tee off dimulakan agak lewat,ada program.Begitu juga sempat makan Mee Udang Banjir Mak Teh di Kuala Sepetang,tetapi yang tidak berapa sedap ialah balik sakit perut sampai ke pagi tidur pun jadi tidak begitu lena.Aktiviti joging selepas sembahyang subuh terpaksa di batalkan kerana perut meragam sampai hendak balik kerumah.Breakfast pun sedikit sahaja dekat R&R Sg.Perak Kuala Kangsar.Dari situ sempat singgah di sekolah anak jantan,belikan biskut dan makanan ringan yang seadanya kerana minggu ini niatnya hendak pergi ke Muar,pergi menziarah anak perempuan yang belajar disana.Tidak lupa menitipkan sedikit duit belanja untuk anak jantan ni.Sudah agak petang baru dia telefon.Sampai rumah terfikir pula hendak bermain golf di TIGC,sakit perut pun sudah mula reda,makan roti sahaja hari ini takut hendak makan pedas-pedas.

No comments:

Post a Comment