Sunday, April 11, 2010

SMALL PLACE WITH A BIG HEART

Assalamuallaikum wr.wbt.

Hari minggu ini kami berdua bertolak ke Muar,dengan tujuan menziarahi anak yang belajar disana.Sampai agak petang dan terus mengambil anak untuk dibawa keluar dan terpaksa menyewa hotel,rasanya sejak anak belajar di Muar hampir semua hotel di Muar yang telah sewa kali ini hotel Classic,hotel yang agak lama dan murah dan bersekali dengan shoping kompleks WETEX.Mudah sedikit hendak membeli pelbagai barangan.Malam sempat makan di Medan Ikan Bakar di Sabak Awor,sudah agak lama mencari tempat ini,tetapi baru dapat sampai,tempatnya berhampiran dengan Sungai Muar dan hutan bakau.Masakannya boleh tahan dan agak berpatutan dari segi harga.Pengunjungpun agak ramai penuhlah meja walaupun banyak gerai disediakan.Service boleh tahan cekap dan cepat,tidaklah hilang kesabaran menanti pesanan sampai .Balik ke hotel ingatkan hendak menonton bola final antara N.Sembilan dan Kedah tetapi tv dihotel tidak ada chanel tersebut,melopong sajalah.Pagi Ahad pergi joging di Tanjung Emas, ramai orang yang berjoging mungkin kesedaran menjaga kesihatan orang Muar tinggi,dari yang tua hingga kanak-kanak tempat pun agak baik cuma pihak Majlis perbandaran kena upgrade sikit dari segi kebersihan dan frasarana.Berhampiran dengan padang Golf tetapi biasalah padang golf majlis tidak begitu cantik,bolehlah main .Satu aktiviti mengeluarkan peluh yang paling mudah ialah dengan berjoging dimana pun boleh dilakukan,cuma sediakan kasut dan stokin dalam kereta.Tetapi kalau asyik tidur saja kemana pun tidak menjadi.Sewaktu berjalan ternampak seorang kanak-kanak kecil bersama ibunya ,yang menarik tulisan pada T.Shirtnya iaitu "Small Place with a Big Heart". mempunyai makna tersirat yang mendalam jika difikirkan.Slogan tersebut merupakan slogan Tadika yang dimasuki kanak-kanak tersebut.Menarik dan penuh makna yang proaktif dan menuju kearah gemilang dan cemerlang. Sebagi pengetua disekolah yang terpinggir dan di Ulu saya sangat touching dan teruja dengan slogan tersebut.Balik ke Hutan Melintang dan sebelum itu singgah di KUIS ,sempat makan mihun sup utara direstoran sedap juga tetapi perlu sabar menanti hidangan sampai service agak lembab.

2 comments:

  1. Salam yop,

    Buat peghonjang ape nyewe hotel cap ayam udah melepaih nengok bola langsung dari TV, taraf pengetua kene le caghi hotel yang canggih manggih. Duit fasalitator aritu pun kalo ditambah sikit lagi dah boleh caghi hotel yang lebih baik ,tak usahle makan ikan bakor caghi ikan yang tak bebakor. Ate.....

    ReplyDelete
  2. bukan hotel cap ayam tetapi hotel ada class sangat itu sebab namanya hotel classic,siaran yang ada hanya ASTRO dan luar negeri aje

    ReplyDelete