Wednesday, March 17, 2010

SUARA PENGETUA SMKUB (1) 2010

Assalamuallaikum wr.wbt dan salam sejahtera

Alhamdulillah,bersyukur kita kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya dapat buat pertama kalinya dalam tahun 2010,saya berbicara dalam Suara Pengetua.Sebagai pengetua SMKUB yang sudahpun mencecah usia setahun, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih diatas kerjasama yang ditunjukkan oleh semua guru,kakitangan sekolah dan PIBG,kakitangan swasta dan pelajar yang telah bersama-sama menjadikan suasana sekolah dalam keadaan harmoni dan sejahtera dalam tempoh bermula hari pertama persekolahan hingga kini.

Sekalung tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar SMKUB yang telah berjaya dalam peperiksaan PMR sekolah.Kejayaan melonjakkan peratus kelulusan hampir kepada 8 peratus sangat-sangat dihargai.Kejayaan itu sebenarnya harus dikongsi bersama oleh guru-guru yang telah bertungkus lumus tidak mengira waktu,menenepikan rasa penat dan jerih demi menggarap kejayaan.

Kejayaan dari segi akademik diteruskan pula dengan kejayaan dalam peperiksaan SPM 2009,kejayaan luar biasa SMKUB memperolehi 100 peratus kelulusan merupakan satu sejarah sejak SMKUB dibuka pada tahun 1982.Kejayaan ini bertambah manis kerana 11 mata pelajaran mencatatkan rekod kelulusan 100 peratus dan semua subjek yang selebihnya menunjukkan peningkatan yang mendadak.Semoga komitmen guru dan pelajar dapat diteruskan agar kejayaan yang dilakar pada tahun 2009 akan berterusan pada tahun 2010.

Sebagai pengetua,saya juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kerana kerjasama yang ditunjukkan oleh guru,kakitangan serta PIBG yang telah menjayakan Kejohanan sukan SMKUB pada tahun ini.Bermula dari latihan,pemilihan,saringan dan seterusnya acara kemuncak kejohanan pada hari itu sangat-sangat dihargai.

Sukan merupakan satu bidang yang sangat penting kepada seseorang individu terutamanya golongan pelajar."Otak yang cerdas terletak kepada badan yang sihat" sudah cukup membuktikan bahawa kecemerlangan seseorang pelajar dari segi akademik perlu disekalikan dengan keaktifan mereka dalam bidang sukan.

Akhir bicara,saya teringat kata-kata seorang sarjana iaitu,"Kehidupan ini ibarat menunggang basikal kamu tidak akan jatuh kecuali kamu berhenti mengayuh".Semoga semua warga SMKUB sama-sama terus berusaha dan berdoa agar slogan "U B THE BEST" benar-benar dihayati dan dapat diterjemahkan dalam bentuk kejayaan yang berterusan serta berpanjangan.

No comments:

Post a Comment