Friday, January 8, 2010

MENGUCUP HAJARUL ASWAD

Assalamuallaikum wr.wbt.

Hari ini hari yang kelima tahun 2010 sekolah memulakan pembelajaran,setakat ini alhamduliiah SMKUB berjalan baik dan P&P berjalan dari hari pertama lagi dan semua buku teks dapat diagihkan dengan sempurna,keberkesanan dari perancangan yang rapi.Tetapi apa yang menimbulkan masalah sedikit ialah sikap pelajar yang sering menghilangkan buku teks dan tidak membalut buku teks tersebut.Mulalah didenda dan gagal untuk memperolehi buku teks pada hari pertama persekolahan.Semalam puteri sulungku diKUIS memberitahu bahawa profosal tesisnya telah diterima oleh penyelia,terlalu gembira tergambar dari percakapan dalam telefon,alhamdulillah ramai lagi kawan-kawannya kecewa kerana tajuk tesis ditolak terpaksalah mencari tajuk lain.Kakak mungkin tidak tahu bagaimana abah terpaksa bersengkang mata bekerja allout sewaktu hendak menyiapkan tesis sarjana abah dulu dan yang paling tidak dilupakan ialah terpaksa bertukar penyelia apabila penyelia yang awal melanjutkan pelajaran diperingkat PHD diUS.Macam-macam yang terpaksa dilalui kalau hendak diceritakan terlalu panjang sehinggakan ada ketikanya kakak sendiri yang masih kecil terpaksa ditinggalkan keseorangan dirumah kerana emak menemankan abah yang ke KL bertemu dengan penyelia dan terpaksa pulang lewat malam.Abah dan emak berdoa agar ketiga-tiga anak abah dan emak berjaya melanjutkan pelajaran hingga keperingkat PHD,kerana diri abah sendiri sudah agak terlewat untuk sampai keperingkat tersebut.Cukuplah setakat peringkat Master sahaja.

Diteruskan cerita mengenai umrah,diantara niat kami berdua suami isteri untuk mengerjakan umrah kali ini ialah mencium Hajarulaaswad.Dua kali kami pergi tidak ada kesempatan yang terbaik kerana pada masa itu orang terlalu ramai.Pada tahun 2002 sewaktu mengerjakan haji sudah tentu ramai yang berebut dikhabarkan ada yang maut dalam perebutan mengucup Hajarulaswad.Pada tahun 2003 menunaikan umrah pada hujung Ramadhan sudah tentu ramainya umat manusia yang mengerjakan umrah seperti mengerjakan haiji juga.Tersentak apabila ditanya oleh salah seorang Jemaah yang bersama kami mengerjakan Umrah.Dr.Ahmad Shabudin pakar motivasi beliau telah memberi pelbagai tips bagi memudahkan sampai keMuka HajarulAswad.Jika dilihat dari perebutan dikawasan tersebut memang masih sukar untuk sampai ketempat tersebut.Keazaman lebih tercabar apabila salah seorang jemaah umrah seorang jurutera yang berasal dari Batu 16 menyatakan bahawa dia telah berjaya mengucup HajarulAswad sebanyak 2 kali.Aku meminta isteri mengejutkan pada malam tersebut dan aku bertekad dan berazam akan berusaha sedaya upaya untuk mengucup HajarulAswad selepas Qiamullail pada mlm tersebut.Selepas mengerjakan solat sunat dihadapan Kaabah aku berdoa selepas solat sunat hajat agar dipermudahkan jalanku untuk mengucup HajarulAswad.Seolah-olah aku tidak percaya dalam keadaan bersesak-sesak dan berebut-rebut aku berjaya menyusupkan diri dengan teknik yang diajar oleh Dr.Ahmad Shahbudin dan teknik Zikir yang diajar oleh Jurutera yang berasal dari kampung Bt.16 lebih kurang 5 minit sahaja.Tidak dapat digambarkan pada masa itu betapa genbira nya diriku.Aku terus balik ke Hotel untuk menceritakan khabar berita gembira itu sebelum itusempat juga aku melakukan sujud syukur . Esok malam selepas Qiamullail aku membawa isteriku pula yang memang kepingin untuk mengucup HajarulAswad,alhamdulillah berjaya juga dengan tekad dan azam serta zikir walaupun ada sedikit kesukaran tetapi berkat azam,semangat dan zikir akhirnya isteriku tersayang berjaya memenuhi impiannya.Keesokan malam pula sekali lagi kami berjaya ,tetapi kali ini lebih mudah kerana ada Jemaah Pakistan yang mengatur secara berbaris bagi lelaki dan perempuan secara bergilir lagi mudah dan senang untuk kami mengucup sepuas-puasnya Hajarul Aswad mungkin berkat dan rezeki dari bangun tengah malam dan bersembahyang sunat dedepan Kaabah.Syukur Alhamdulillah.

1 comment:

  1. Untung le mika dan anak beghanak miker menfaat rezeki yang tuhan kurniakan.

    ReplyDelete