Wednesday, January 20, 2010

BACALAH AL QURAN

Assalamuallaikum wr.wbt

Alhamdulillah banyak yang dapat diselesaikan pada hari ini,pagi seperti biasa membuat rondaan sampai ke kompleks guru,sekurangkurangnya dapat juga keluar keringat di waktu pagi.Sebelum itu membuat rondaan di bangunan empat tingkat,bukan setakat bersenam tetapi membuat pencerapan dan pemantauan dari luar sama ada guru ada memasuki kelas dan mengajar jika masuk sahaja tetapi duduk dan pelajar bermain di belakang tidak berguna.Balik dari meronda sempat toacher 4 orang pelajar Melayu yang cuba ponteng sekolah duduk dalam bas tidak mahu turun-turun,kali ini mereka kantoi.Bas disini pelik sedikit,driver hantar pelajar kemudian tinggalkan bas berhampiran sekolah dan mereka balik dengan menaiki motorsikal,petang baru datang mengambil pelajar.Mungkin peraturan estet begitu untuk menjimatkan minyak kut.Oleh itu ada pelajar yang mengambil kesempatan untuk duduk diam-diam saja dalam bas.Bayangkan mereka duduk dalam bas dari pukul 7.30 hingga pukul 5.00 petang.Alasannya mudah saja takut dengan cikgu kerja tidak siap.Tidak mahu menyertai kegiatan kokurikulum pada hari ini.Ibu bapa dirumah ingat mereka berada di sekolah,geram juga melihat mereka ini.Waktu lapang di rumah digunakan untuk melepak.Pelajar-pelajar inilah yang selalu masuk lewat ke Musolla apabila semua pelajar Islam membaca Yaasin tiap-tiap pagi.Bercerita tentang ayat-ayat suci ini,perlu kita ingat dan ketahui tentang manusia yang banyak berjasa sehingga dapat kita membawa,membaca lembaran demi lembaran,surah demi surah dan ayat demi ayat iaitu seorang sahabat besar di zaman Nabi Muhammad SAW iaitu Zaid bin Tsabit.Seorang yang Ansar dari Madinah umur baru 11 tahun sewaktu memeluk agama Islam.Kehidupannya sudah mendapat keberkatan kerana didoakan oleh Nabi Muhaamad .Sewaktu kecil lagi Zaid telah menawarkan diri dalam peperangan iaitu perang Badar dan Uhud,tetapi dibenarkan oleh nabi sehinggalah ke peperangan Khandak baru dapat turut serta.Zaid bukan saja tampil sebagai pejuang tetapi sebagai ilmuan,tidak henti-henti menghafal AlQuran,menuliskan wahyu untuk Nabi dan raja raja dan kaisar seluruh dunia.Satu lagi kelebihannya ialah boleh mempelajari bahasa asing dalam jangka masa yang singkat.
Pada zaman Khalifah Uthman bin Affan,di katakan keperluan yang mendesak untuk menjadikan Al Quran satu mushaf dan pada waktu itu Khalifah Uthman meminta bantuan Zaid.Semua yang membantu Zaid adalah penulis-penulis wahyu dan penghafal AlQuran.Namun bila terdapat perbezaan dan ternyata sekali sedikit perbezaan mereka akan berpegang kepada petunjuk dan pendapat Zaid bin Tsabit dan menjadikannya sebagai alasan kukuh dan kata putus.
Pada masa kini tugas kita tidaklah sesukar orang yang dipertanggungjawabkan menghimpun ayat-ayat AlQuran tetapi hanya membaca,memahami dan menghayati serta mengikut segala yang diperintahkan oleh Allah seperti yang terdapat dalam AlQuran.

No comments:

Post a Comment