Sunday, January 17, 2010

CERITA TENTANG RAUDHAH LAGI

Assalamuallaikum wr.wbt.

Hari minggu begini yang agak relaks kami suami isteri gunakan untuk melawat anak lelaki yang bersekolah di Ipoh,kena ditengok-tengok sedikit tentang perkembangannya terutama yang melibatkan akademik.Sempat makan tengahari bersama dengannya disekolah.
Bagi meneruskan cerita menunaikan umrah,untuk hari terakhir-akhir di Madinah aku bertekad untuk dapat menunaikan solat sunat di Raudah dan berdoa sepuas-puasnya.Oleh itu pada malam terakhir sebelum ke Jeddah aku berazam untuk Qiamuallail dan bersolat dikawasan Raudah.Alhamdulillah Allah menunaikan niat kita jika berazam dan berusaha.Terlalu selesa pada malam tersebut kerana jemaah tidak begitu ramai aku dapat menunaikan solat sunat Tahajud,Taubat dan Hajat dengan amat selesa tanpa bersesak-sesak dan bertolak-tolak malah solat ditempat yang boleh dipilih di Raudah kerana banyak ruang solat yang kosong.Namun perlu masuk dari pintu Babussalam,kerana semua pintu lain telah ditutup pada ketika itu dan akan dibuka semula jam 3.00 pagi.Terlalu selesa pada ketika itu dengan suasana kedinginan dan kesejukan pagi di Masjid Nabawi.Berpeluang menziarahi Makam Nabi dan berdoa dalam keadaan selesa juga.Namun aku belum puas hati Aizat tidak bersama.Esok paginya sebelum bertolak ke Jeddah aku pasti mengajak Aizat ke Raudhah sekali lagi.Esoknya selepas sarapan akupun mengajak Aizat untuk bersolat sekali lagi di Raudhah dan melakukan ziarah wida.Orang masih berebut-rebut dan bersesak-sesak,aku menyuruh aizat berdoa dan berzikir agar niat kami dapat diizinkan oleh Allah SWT.Sampai saja di Mihrab ,pengawal keselawatan telah menutup laluan masuk dengan kain kanvas dan menghalang kami untuk terus masuk.Pada masa itu alangkah kecewanya kami hanya selangkah sahaja lagi untuk masuk kekawasan Raudhah.Aku meningatkan Aizat supaya terus berdoa dan berzikir,rupa-rupanya pihak polis Arab ini sedangan membuat kawalan supaya jemaah yang masuk kekawasan Raudah dapat dijalankan secara bergilir-gilir jemaah yang telah lama beada disitu diminta keluar terlebih dahulu untuk memberi peluang kepada jemaah lain .Apabila kosong sahaja tibalah giliran kami pula alhamdulillah apa yang kami niat dan hasratkan diberi oleh Allah SWT.Lama juga aku memberi tazkirah kepada Aizat selepas itu tentang azam,niat,hasrat dengan diikuti dengan usaha doa,zikir dan tawakal insyaALLAH tuhan akan bersama dengan kita.ALHAMDULILLAH

No comments:

Post a Comment