Thursday, January 28, 2010

HAI GURU BANTULAH MEREKA

Assalamuallaikum wr.wbt.

Sudah dia tiga hari tidak dapat update blog ini,bukan apa tetapi line yang tidak begitu cantik,asyik hanging sahaja,lebih-lebih disekolah.Dua tiga hari diberi peluang memasuki kelas yang tidak dalam jadual yang ditetapkan,hampir semua kelas tingkatan lima sudah ditemui ,memberi motivasi awal dan memberikan sedikit assingment untuk mereka tulis sebagai panduan saya mengenali mereka dengan lebih dekat.Biasalah sekolah dikawasan pedalaman,masih tidak begitu terbuka .Dari hasil tulisan mereka dapat dibuat tafsiran bahawa banyak perkara yang masih mereka tidak tahu dan mungkin tidak dapat gambaran yang sebenar.Namun daripada cita-cita yang ditulis mereka sebenarnya mempunyai keinginan untuk berjaya dan sebenarnya sebahagian besar mempunyai kemampuan berdasarkan keputusan peperiksaan yang mereka perolehi.

Bimbingan,panduan dan tunjuk ajar sangat-sangat diperlukan untuk membolehkan mereka menggarap dan menggapai cita-cita murni mereka.Terserahlah kepada guru-guru yang ada disekolah kerana mereka sudah tidak punya apa-apa lagi dikawasan itu,berbanding dengan pelajar yang tinggal di bandar yang sudah tentunya mempunyai kelas tuisyen dan pelbagai lagi kelas yang membolehkan mereka mendapat tonik ataupun bantuan tambahan disamping belajar disekolah.Hendak mengharapkan bantuan ibu-bapa sudah tentu sebahagian kecil sahaja yang dapat membantu dari segi pengajaran dirumah,kerana taraf pendidikan ibu bapa yang kebanyakannya rendah.Namun kegigihan ibu-bapa yang masih sanggup menghantar dan bekerjasama dengan pihak sekolah sudah lebih dari mencukupi.

Sunday, January 24, 2010

CABARAN MENUNTUT ILMU

Assalamuallaikum wr,wbt.

Hari ini pagi-pagi lagi sudah keTeluk Intan menghantar anak yang hendak balik kekolej menaiki bas jam 9.00 pagi jadi si Aizat pula terpaksalah dihantar awal juga .Farha akan menaiki bas dar JB ke Muar jam 12.30 tengahari.Itulah anak-anak menuntut ilmu perlu berkorban dan ibu bapa pula lagi banyak berkorban tentang banyak perkara bagi mempastikan anak-anak mendapat ilmu yang terbaik terserahlah kepada mereka untuk mempastikan harapan dan niat ibu bapa dapat dicapai.Biasalah sewaktu menuntut ilmu banyak perkara terpaksa dilalui,susah senang.kepayahan perlu dihadapi,hanya kebijaksanaan masing-masing sahaja yang menentukan agar segala rintangan dapat dilalui dengan mudah dan memperolehi kejayaan yang paling cemerlang.Namun yang paling penting segala suruhan ALLAH jangan dilupakan.

Friday, January 22, 2010

KEPIMPINAN ADALAH SATU AMANAH

Assalamuallaikumwr.wbt.

Hari ini diadakan larian SMKUB ,alhamdulillah selesai tanpa ada apa-apa yang tidak baik,saya pun berlari sama dengan pelajar-pelajar bukan berlari tetapi lebih banyak berjalan sekadar meningkatkan kecergasan,sebelum itu diadakan latihan regangan,banyak idea juga cikgu-cikgu ini semuanya mengikut yang telah dirancang dan saya ingatkan berkali-kali perancangan perlu agar masa pelajar terisi tidaklah mereka sempat melakukan perkara yang tidak baik.

Selepas itu terpaksa pergi ke Teluk Intan untuk menjemput anak yang balik dari Kolej.Saya berdoa agar feri tidak buat hal seperti pagi tadi,kerana saya berniat untuk sembahyang jumaat di Masjid Batak Rabit,suatu masjid lama di tepi jalan berhampiran dengan Sungai Perak.Sempat juga tidak sangka Masjid ini bertutup keliling dan berhawa dingin ramai juga jemaahnya.Suatu yang menarik ialah bacaan khutbahnya,Khatibnya agak muda pertama sekali beliau menerangkan tentang maksud TAQWA ,perkataan ini menjadi satu yang keramat dan selalu ditekankan dalam apa juga ceramah,nasihat dan pelbagai lagi yang bersangkutan dengan agama tetapi telalu sedikit manusia yang mengamalkan.Beliau menjelaskan lagi bahawa taqwa merupakan seperti seorang yang berjalan diatas atau berhampiran dengan benda yang berduri,perlu cermat dan berhati-hati agar langkah dan tapak kaki tidak tercucuk duri,begitulah maksud bertaqwa kita perlu berhati-hati dalam kehidupan agar tidak melakukan walaupun sekelumit perkara yang mungkar yang dilarang oleh Allah SWT barulah dikatakan insan yang bertaqwa.

Seterusnya beliau meneruskan khutbahnya dengan ciriciri pemimpin yang baik yang mengikut lunas Islam.Kepimpinan merupakan satu amanah ,begitulah apa yang telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad SAW kepada Abu Zar AlGhifari apabila beliau minta dilantik untuk menjadi pemimpin,jika tidak mampu untuk menunaikan amanah ALLAH SWT dan menegakkan agama Islam sudah tentu akan menjadi pemimpin yang zalim .Beliau menerankan lagi bahawa hendak menjadikan sesuatu negara sebagai negara Islam tidak boleh dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dan bercampur-campur dengan sistem yang lain seperti sistem sekular.Analogi yang diberi mudah sahaja,dan rasanya semua jemaah faham iaitu jika kita hendak makan durian mesti benih yang ditanam ialah durian,barulah kita dapat merasai nikmat dan hasilnya durian.Tidak boleh hendak menikmati durian kita tanam rambutan.Kalau mereka tidak faham juga tak tahulah lagi.

Sebelum beredar dari Masjid terjumpa juga seorang sahabat,ingat apabila sembahyang disitu tidak akan berjumpa dengan sesiapa yang dikenal.Sempat memuji Khatibyang membaca khutbah tadi.Jawapannya senang saja biasalah orang kita.Tetapi yang tidak sedap sedikit kanak-kanak ramai sangat yang membuat bising sewaktu khutbah dibacakan

Thursday, January 21, 2010

PERANAN GURU SANGAT PENTING

Assalamuallaikum wr.wbt.

Pagi-pagi lagi telah didatangi oleh seorang bapa yang anaknya didapati ponteng semalam.Memang saya memninta PK Hem memanggil ibu bapa supaya mereka tahu tentang perilaku anak mereka.Namun saya mengucapkan terima kasih kepada Encik Kamar yang sudi datang ke sekolah dan mendengar cerita sebenar tentang masalah anaknya.Sememangnya bapanya tidak tahu perkara sebenar malah apa yang diceritakan kepada bapanya tidak sama dengan peristiwa dan perbuatan melanggar disiplin yang telah dilakukan.Malah ada cerita yang direka-reka bagi helah bela dirinya yang tidak menyiapkan kerja sekolah.

Didalam mesyuarat pertama lagi saya telah menekankan kepada guru-guru supaya tidak berkompromi tentang latihan dan pelajar perlu menyiapkan pada waktu yang telah ditetapkan,kerana dalam proses pengajaran dan pembelajaran cemerlang aspek latihan dan pengukuhan merupakan satu aspek yang penting.

Pengajaran merupakan satu proses memindahkan ilmu,memperkembangkan potensi individu,membolehkan individu mengaplikasikan ilmu serta menyumbang kepada keharmonian keluarga masyarakat dan negara.Pembelajaran pula merupakan satu proses mengumpul maklumat dan pengalaman secara berterusan yang berlaku dalam diri seseorang sejak dilahirkan.Secara formal pembelajaran melibatkan proses memperoleh ilmu,menyimpan ilmu,mencanai ilmu dan menyatakan ilmu dalam bentuk lisan dan penulisan.Jadi latihan dirumah dan sekolah sangat penting untuk pelajar.

Selalu saya tekankan kepada guru iatu bagi mencapai objektif sesuatu pengajaran dan pembelajaran,proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang berlandaskan kepada piramid pembelajaran iaitu:

10%- Apa yang dibaca
20%-Apa yang kita dengar
30%-Apa yang kita lihat
50%-Apa yang kita dengar dan lihat
95%-Apa yang kita ajar kepada orang lain
Jelas maha pentingnya berdasarkan piramid pembelajaran ini,apa yang kita ajar kepada orang lain itu sangat penting,dan guru sendiri perlu bersedia sebelum masuk kekelas.

Wednesday, January 20, 2010

BACALAH AL QURAN

Assalamuallaikum wr.wbt

Alhamdulillah banyak yang dapat diselesaikan pada hari ini,pagi seperti biasa membuat rondaan sampai ke kompleks guru,sekurangkurangnya dapat juga keluar keringat di waktu pagi.Sebelum itu membuat rondaan di bangunan empat tingkat,bukan setakat bersenam tetapi membuat pencerapan dan pemantauan dari luar sama ada guru ada memasuki kelas dan mengajar jika masuk sahaja tetapi duduk dan pelajar bermain di belakang tidak berguna.Balik dari meronda sempat toacher 4 orang pelajar Melayu yang cuba ponteng sekolah duduk dalam bas tidak mahu turun-turun,kali ini mereka kantoi.Bas disini pelik sedikit,driver hantar pelajar kemudian tinggalkan bas berhampiran sekolah dan mereka balik dengan menaiki motorsikal,petang baru datang mengambil pelajar.Mungkin peraturan estet begitu untuk menjimatkan minyak kut.Oleh itu ada pelajar yang mengambil kesempatan untuk duduk diam-diam saja dalam bas.Bayangkan mereka duduk dalam bas dari pukul 7.30 hingga pukul 5.00 petang.Alasannya mudah saja takut dengan cikgu kerja tidak siap.Tidak mahu menyertai kegiatan kokurikulum pada hari ini.Ibu bapa dirumah ingat mereka berada di sekolah,geram juga melihat mereka ini.Waktu lapang di rumah digunakan untuk melepak.Pelajar-pelajar inilah yang selalu masuk lewat ke Musolla apabila semua pelajar Islam membaca Yaasin tiap-tiap pagi.Bercerita tentang ayat-ayat suci ini,perlu kita ingat dan ketahui tentang manusia yang banyak berjasa sehingga dapat kita membawa,membaca lembaran demi lembaran,surah demi surah dan ayat demi ayat iaitu seorang sahabat besar di zaman Nabi Muhammad SAW iaitu Zaid bin Tsabit.Seorang yang Ansar dari Madinah umur baru 11 tahun sewaktu memeluk agama Islam.Kehidupannya sudah mendapat keberkatan kerana didoakan oleh Nabi Muhaamad .Sewaktu kecil lagi Zaid telah menawarkan diri dalam peperangan iaitu perang Badar dan Uhud,tetapi dibenarkan oleh nabi sehinggalah ke peperangan Khandak baru dapat turut serta.Zaid bukan saja tampil sebagai pejuang tetapi sebagai ilmuan,tidak henti-henti menghafal AlQuran,menuliskan wahyu untuk Nabi dan raja raja dan kaisar seluruh dunia.Satu lagi kelebihannya ialah boleh mempelajari bahasa asing dalam jangka masa yang singkat.
Pada zaman Khalifah Uthman bin Affan,di katakan keperluan yang mendesak untuk menjadikan Al Quran satu mushaf dan pada waktu itu Khalifah Uthman meminta bantuan Zaid.Semua yang membantu Zaid adalah penulis-penulis wahyu dan penghafal AlQuran.Namun bila terdapat perbezaan dan ternyata sekali sedikit perbezaan mereka akan berpegang kepada petunjuk dan pendapat Zaid bin Tsabit dan menjadikannya sebagai alasan kukuh dan kata putus.
Pada masa kini tugas kita tidaklah sesukar orang yang dipertanggungjawabkan menghimpun ayat-ayat AlQuran tetapi hanya membaca,memahami dan menghayati serta mengikut segala yang diperintahkan oleh Allah seperti yang terdapat dalam AlQuran.

Tuesday, January 19, 2010

UMRAH DISEMBER 2009 DALAM KENANGAN

Assalamuallaikum wr.wbt.

Semalam tidak sempat update blog letih kerana berjogging,mata hendak terlelap sahaja,sebelum itu disekolah menghadiri dua mesyuarat yang pertama panitia sains,nampak gaya guru-guru sudah tahu tentang hasrat pengetua dari segi akademik,berserta program yang perlu disusun atur dari awal lagi.Jika tidak sudah tentu akan berlaku sentuhan kecundang pula.

Meneruskan cerita mengenai umrah bagi siri terakhir ini bagaimana kami terpaksa menunggu hampir lapan jam di Airport Jeddah sebelum pesawat SV 834 terbang ke KLIA jam 11.00 malam waktu Arab Saudi.Kami tiba di Airport lebih kurang jam 4.30 petang tidak ada lawatan di Jeddah walaupun dalam jadual yang diatur ada,mungkin kerana hendak check in awal dan waktu Asar pun hampir habis terpaksalah bergegas ke Airport.Biasalah Airport mereka ,troli pun tidak cukup tetapi kapalterbang banyak yang turun naik.Kalau di KLIA troli bagasi banyak tetapi kapal terbang yang turun naik terutama yang international agak kurang.Sempat minum kopi dan makan donut harga jangan ditanya.Isteri dan anak-anak sempat bershoping lagi menghabiskan duit riyal yang ada.Sebelum itu sempat bersedekah wang kepada mutawif yang tidak henti-henti memberi penerangan dari kami sampai sehingga kami akan bertolak balik.10 riyal terpaksa diberi kepada pihak yang check inkan barang kalau tidak bagasi yang sudah melebihi limit sudah tentu akan dikira kena bayar lebih lagi.Sewaktu kami menunggu sempat juga mendapat 5 naskah ALQURAN yang dihadiahkan oleh pihak yang kami sendiri tidak tahu.Biasalah di Arab Saudi ni mungkin ada jutawan yang bermurah hati untuk memberi hadiah tersebut.Sepatutnya kita di Malaysiapun begitu.Apabila tiba untuk masuk kapal terbang hati sudah mula teringatkan negara sendiri,masing-masing semua tersenyum kerana sudah letih dan lama sangat menunggu.Tempat duduk kami berlima diletakkan agak jauh aku dengan Aizat yang paling jauh dari kami Fatiha,pandailah dia membawa diri.Disebabkan terlalu letih Aizat lena hingga makan kali kedua dalam kapal terbang baru aku kejutkan.Aku tidur-tidur ayam mana boleh tidur dalam keadaan begitu, pesawat kami dijangka tiba jam 1.00 tegahari waktu Malaysia pada 28.12.09.Sedangkan bertolak jam malam waktu Arab Saudi pada 27.12.09.Apabila mendarat sahaja kau berasa lega,mungkin bukan aku seorang saja berasa begitu.Lama juga menunggu Bagasi,Abang Long menelefon dan memeberitahu terpaksa pulang awal kerana ada kuliah,Sahe,Hamzah dan Nasir ada menunggu,sempat pula memabawa mereka makan KFC dah lama tidak minum teh tarik.Aku perlu menhantar Fatiha ke Kolej dan Nasir keUITM .Aizat dan farha ditumpangkan dengan Pak Uda dan Pak Andak,mereka setuju saja mungkin dah rindu dengan rumah atau hendak cepat menonton TV atau hendak buka MYSPACE.Akhirnya aku dan isteri sampai juga dirumah.

ALHAMDULILLAH AKHIRNYA KAMI DAPAT JUGA MENGERJAKAN UMRAH SATU KELUARGA WALAUPUN ADA SEDIKIT HALANGAN DAN DUGAAN.SYUKUR

Sunday, January 17, 2010

SABOR AJE LE YOP

Asssalamuallaikum wr.wbt.

Meneruskan cerita perjalanan mengerjakan Umrah,selepas mengerjakan ziarah wida kami pun dijangka bertolak dari Madinah dalam pukul 9 pagi untuk balik ke Malaysia melalui Lapangan Terbang Antara Bangsa Jeddah,sedih menyelubungi diri sekali lagi,apabila kami terpaksa meninggalkan Madinah dan dirasakan dua hari itu macam dua jam sahaja,betul-betul tidak puas untuk berjemaah di Masjid Nabawi.Sudah tersemat dalam hati untuk datang lagi ke 2 holy city.
Selepas bersiap untuk bertolak,ada lagi halangan kali ini bukan bas rosak tetapi masalah barang dan bagasi yang terlalu banyak terutama bas no 4 yang terdiri dari ramai datuk dan datin,mungkin mereka banyak bershoping di Mekah dan Madinah.Bukan hendak mengata mereka awak yang tidak berapa ada duit ini pun terpaksa membeli satu beg lagi disebabkan beg yang dibawa sudah tidak muat lagi.Akhirnya setelah lewat hampir dua jam barulah masalah itu dapat diselesaikan.Tinggalah kota Madinah dan Masjid Nabawi kami menuju ke Jedah lebih kurang 400 km untuk sampai.Sampai agak lewat juga di Restoran Asia untuk makan tengahari,kami dapat satu bilik bersama keluarga Cikgu Ridzuan .Disebabkan perut dah lapar dan makanannya ada mirip Tom Yam Malaysia,habislah semuanya dan agak menyelerakan.Agak unik juga konsep restorannya yang berbilik-bilik kalau di Malaysia untuk mereka yang berkraoke sahaja bilik macam itu.Habis makan terus ke AirPort Jedddah bagi mengerjakan sembahyang yang belum disempurnakan pada ketika itu.Alhamdulillah dapat juga bersembahyang di Air Port Jeddah.Namun hampir 8 jam terpaksa waktu menunggu untuk terbang ke Kuala Lumpur.Sabor aje le yop.

CERITA TENTANG RAUDHAH LAGI

Assalamuallaikum wr.wbt.

Hari minggu begini yang agak relaks kami suami isteri gunakan untuk melawat anak lelaki yang bersekolah di Ipoh,kena ditengok-tengok sedikit tentang perkembangannya terutama yang melibatkan akademik.Sempat makan tengahari bersama dengannya disekolah.
Bagi meneruskan cerita menunaikan umrah,untuk hari terakhir-akhir di Madinah aku bertekad untuk dapat menunaikan solat sunat di Raudah dan berdoa sepuas-puasnya.Oleh itu pada malam terakhir sebelum ke Jeddah aku berazam untuk Qiamuallail dan bersolat dikawasan Raudah.Alhamdulillah Allah menunaikan niat kita jika berazam dan berusaha.Terlalu selesa pada malam tersebut kerana jemaah tidak begitu ramai aku dapat menunaikan solat sunat Tahajud,Taubat dan Hajat dengan amat selesa tanpa bersesak-sesak dan bertolak-tolak malah solat ditempat yang boleh dipilih di Raudah kerana banyak ruang solat yang kosong.Namun perlu masuk dari pintu Babussalam,kerana semua pintu lain telah ditutup pada ketika itu dan akan dibuka semula jam 3.00 pagi.Terlalu selesa pada ketika itu dengan suasana kedinginan dan kesejukan pagi di Masjid Nabawi.Berpeluang menziarahi Makam Nabi dan berdoa dalam keadaan selesa juga.Namun aku belum puas hati Aizat tidak bersama.Esok paginya sebelum bertolak ke Jeddah aku pasti mengajak Aizat ke Raudhah sekali lagi.Esoknya selepas sarapan akupun mengajak Aizat untuk bersolat sekali lagi di Raudhah dan melakukan ziarah wida.Orang masih berebut-rebut dan bersesak-sesak,aku menyuruh aizat berdoa dan berzikir agar niat kami dapat diizinkan oleh Allah SWT.Sampai saja di Mihrab ,pengawal keselawatan telah menutup laluan masuk dengan kain kanvas dan menghalang kami untuk terus masuk.Pada masa itu alangkah kecewanya kami hanya selangkah sahaja lagi untuk masuk kekawasan Raudhah.Aku meningatkan Aizat supaya terus berdoa dan berzikir,rupa-rupanya pihak polis Arab ini sedangan membuat kawalan supaya jemaah yang masuk kekawasan Raudah dapat dijalankan secara bergilir-gilir jemaah yang telah lama beada disitu diminta keluar terlebih dahulu untuk memberi peluang kepada jemaah lain .Apabila kosong sahaja tibalah giliran kami pula alhamdulillah apa yang kami niat dan hasratkan diberi oleh Allah SWT.Lama juga aku memberi tazkirah kepada Aizat selepas itu tentang azam,niat,hasrat dengan diikuti dengan usaha doa,zikir dan tawakal insyaALLAH tuhan akan bersama dengan kita.ALHAMDULILLAH

Friday, January 15, 2010

SEMBAHYANG SUNAT GERHANA MATAHARI


Assalamuallaikum wr.wbt.

Hari ini terpaksa ambil MC sebab ada apointment untuk cabut gigi dengan klinik Dr.Oii,walaupun ada mesyuarat profesional diPPD diwakilkan sahaja kepada penolong kanan.Selepas gigi dicabut sempat pergi pasar dan membayar cukai taksiran rumah di MPTI.Balik rumah relaks dan sempat lelap sementara menunggu isteri tersayang menyiapkan hidangan tengahari.Walaupun gigi dicabut makan tengahari tetap berselera kebih-lebih lagi dengan asam pedas ikan kembong dan pecal tetap dua pinggan .Sebelum sembahyang jumaat diumumkan bahawa pihak Masjid menjalankan sembahyang gerhana matahari lebih kurang pukul 3.30 petang.Aku berazam untuk turut bersama, balik kerumah terpaksa membatalkan niat untuk bermain golf,memandang sembahyang sunat khusuf ini sangat penting sehinggakan dihukumkan sebagai sunat muakkad.Namun disebabkan terlelap agak lewat sampai ke Masjid ,Uztaz Khairudin sedang berdoa bersama dengan jemaah lain aku terpaksa sembahyang bersendirian dibelakang nasib baik teringat kaifiat sembahyang sunat gerhana yang baru dibaca dalam suratkhabar dan dalam internet tadi kerana dilaksanakan dalam dua rakaan dengan setiap rakaat ada dua kali rukuk dan dua kali sujud.Gerhana Matahari dan Gerhana Bulan bukanlah sekadar itu dilihat beramai-ramai tetapi sebenarnya merupakan satu gambaran tentang kekuasaan dan kebesaran ALLAH SWT Apabila berlaku sahaja ada beberapa perkara yang sunat dilakukan oleh orang Islam iaitu seperti sembahyang sunat gerhana,berdoa ,berzikir dan bersedekah dan lebih aula dilakukan di masjid dengan bacaan khutbah sekali selepas sembahyang.Sempat juga aku mendengar khutbah yang dibacakan oleh uztaz Khairudin.

Thursday, January 14, 2010

JANGAN HANGAT-HANGAT TAHI AYAM

Assalamuallikum wr.wbt.
Dari pagi sampai tengahari menghadiri penerangan dan penjelasan mengenai NKRA Pendidikan satu road show yang dijalankan oleh kementerian pendidikan.Dua penceramah yang memberi tumpuan kepada 4 Sub-NKRA iaitu untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.

1. Prasekolah-meningkatkan kanak-kanak berada di prasekolah kearah 87% menjelang 2012.
2.Literasi dan Numerasi-setiap kanak-kanak ada kemahiran asas literasi dan numerasi menjelang 2012.
3.Sekolah berprestasi tinggi-Sekolah yang ada Etos ,karakter dan identiti tersendiri
4.Tawaran baru kepada pemimpin sekolah(New Deal -Baiah)

Begitu hebat penerangan dan ulasan penceramah,satu langkah dan perancangan yang menarik,namun bagi saya yang penting pelaksanaan dan pemantauan yang berterusan perlu ada agar segala yang dirancang sampai kepada matlamat.Teringat kembali kepada PIPP apa telah terjadi? ,bagai hendak rak menyediakan laporan.Laporan yang disediakan hebat tetapi yang terjadi sebenarnya dilapangan dan disekolah banyak yang tidak benar dari yang benar sekadar hendak mengampu dan menghantar laporan mengikut tarikh yang ditetapkan.Walaupun begitu sebagai warga pendidik,perancangan positif sebegitu perlu diberi sokongan sepenuhnya ,supaya dapat dilaksanakan dengan baik dan matlamat 2012 tercapai.Bukan senang hendak melaksanakan budaya koporat dalam pendidikan.
Hasrat Datuk Idris Jala sebagai CEO pemandu dapat dicapai dengan sokongan semua pihak secara continuous bukan hangat-hangat tahi ayam.

Wednesday, January 13, 2010

SEMBAHYANG DI RAUDHAH

Assalamuallaikum wr.wbt.
Pagi pergi kesekolah sakit gigi dah mula berkurangan,banyaklah kerja yang terpaksa disiapkan namun begitu sempat juga membuat rondaan pada waktu pagi ,wajib dilakukan sebelum aku membuat laporan didalam buku WAYS ,jika tidak nanti laporan tidak tepat dan bukan perkara sebenarnya yang kita lihat dengan mata kepala sendiri.Tengahari sempat pula menghadiri mesyuarat dua panitia iaitu Matematik dan Sejarah.Guru-guru kita kena tunjukkan kita betul-betul beria hendak mencapai kecemerlangan,jika tidak mereka hanya membincangkan perkara umum dan masalah lojistik panitia sahaja.Kali ini mereka perlu membincangkan secara serius tentang bagaimana hendak meningkatkan keputusan pelajar dan perlu ditetapkan target dan dalam peperiksaan PMR mesti capai 30 orang pelajar lulus semua ataupun 66.6 peratus bagimana hendak dicapai program mesti ada.Jika tidak apa pun tidak akan tercapai.

Meneruskan cerita perjalanan mengerjakan umrah selepas makan tengahari di Madain Saleh Hotel kami dijadualkan bertolak balik ke Madinah,namun masih ada halangan kerana bas yang telah diperbaiki tadi berasap lagi,lama juga menunggu.Ada jemaah yang sudah mula hilang sabar dengan pihak Muassasah dan Andalusia kerana asyik terlewat sahaja perjalanan kami.Lama juga berbincang akhirnya dapat juga bertolak dengan menggunakan bas jemaah umrah yang baru sampai,terpaksa pula mereka memunggah barang-barang kedalam bas baru.Namun kami tidak terlibat cuma lambat sahaja perjalanan kami.NurulFarha mengeluh juga banyak sangat halangan yang terpaksa ditempuh.Apa yang aku dan isteri dapat jelaskan agar terus berdoa agar dipermudahkan perjalanan kami selepas ini kerana perjalanan masih jauh lagi untuk ke Madinah.Sampai di Madinah sudah melewati pukul 10 malam.satu perjalanan yang agak lama mungkin kerana telah jemu duduk dalam bas,bukan kami sahaja jemaah lainpun mengeluh juga sabar dengan dugaan dan ujian Allah. Setelah selesai makan dan masuk kebilik aku mengajak Aizat ke Masjid untuk bersolat kali ini aku berazam untuk bersembahyang dikawasan Raudhah dan akhirnya aku berjaya juga mencapai apa yang aku cita-citakan walaupun dalam keadaan bersesak-sesak.

Tuesday, January 12, 2010

KAUM TSAMUD YANG DILAKNAT ALLAH SWT

Assalamuallaikum wr.wbt.

Meneruskan cerita tentang perjalanan mengerjakan umrah di Madain Saleh,pada waktu pagi masih ada halangan tiba-tiba satu bas terbakar timing beltnya mungkin dah terlalu jauh berjalan,maka berlakulah kelewatan untuk ziarah pagi itu namun diambil keputusan bersama su paya penumpang bas no 2 dibahagi bahagikankan ke dalam bas yang tiga lagi,jadi adalah penumpang yang berdiri sepanjang lawatan ke Madain Saleh.
Tempat pertama yang dilawati ialah perkampungan lama yang terdapat disitu,sengaja ditinggalkan begitu oleh kerajaan Arab Saudi,agar menjadi bahan sejarah dan destinasi pelancongan kepada warga asing.Masih kukuh lagi rumah-rumah yang terbina dari batang kurma dan batu-bata yang mereka buat berdasarkan kemahiran yang ada pada mereka.Satu yang agak kekurangan ialah tidak ada penerangan yang jelas terutama pada-pada papan penerangan yang sepatutnya didirikan pada disekitar kawasan tersebut.Pemandu pelanc0ng yang terdiri dari orang Arab pula tidak begitu banyak yang menerangkan mungkin mereka sendiripun tidak begitu mengetahui apa yang hendak disampaikan,sepatutnya pihak Samalaghi Muasaasah yang mengelolakan pelancongan dan umrah tersebut mengadakan kursus terlebih dahulu bagi memantapkan lagi penerangan dan cara mereka melayan pelancong tidak mahulah seperti melepaskan batuk ditangga sahaja.Pelancong yang datang kesitu bukan sahaja orang Islam tetapi orang bukan Islampun ramai yang datang.Selepas kami datang ada satu kumpulan pelancong yang berbangsa Cina hadir kesitu.

Klimaks ziarah disitu ialah melawat bekas perkampungan kaum Thasmud,pada zaman Nabi Saleh.Menurut ceritanya Pada zaman Nabi Saleh yang diutus oleh Allah SWT ramai dikalangan kaum Samud ini yang tidak mahu beriman dengan Allah .Ada dikalangan mereka yang mencabar agar Nabi Saleh mengeluarkan seekor unta dari dalam batu .Jika syarat itu dipenuhi mereka berjanji akan beriman dengan Allah.Oleh itu itu nabii Saleh memohon dari Allah SWT agar diperkenankan permintaan kaum Samud itu.Namun apabila permintaan itu diperkenankan masih ramai lagi dikalangan kaum Samud yang tidak mahu beriman dengan Allah SWT.Malah ada dikalangan pembesar yang merancang untuk membunuh unta itu agar kepercayaan terhadap mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Saleh dapat dihapuskan.Sebelum itu Nabi Saleh telah mengingatkan kepada kaum tersebut supaya menjaga unta itu dengan baik malah Nabi Saleh membenarkan kaumnya mengambil susu unta tersebut secara bergilir-gilir dengan anak unta tersebut jika mereka cuba mebuat perkara yang tidak baik pada unta tersebut tunggulah balasan dan kemurkaan Allah kepada mereka.Namun nasihat itu tidak dipenuhi ,malah mereka telah engkar dan membunuh unta tersebut sewaktu Nabi Saleh sedang menjalankan usaha dakwah ditempat lain.Akhirnya turunlah bala Allah SWT iaitu angin ribut yang kencang sehingga perkampungan itu musnah bersama dengan penduduknya,yang tinggal hanyalah bekas tempat tinggal mereka yang dibina dalam bukit-bukit batu tersusun begitu indah.Banyak iktibar yang boleh kita ambil dari musnahnya kaum Samud akibat dilaknat oleh ALLAH SWT dalam sekelip mata sahaja.Semoga memberi keinsafan kepada kita yang masih hidup didunia ini. Disamping itu kita diabawa juga ke kawasan stesyen keretapi lama pada zaman Ottoman dahulu yang telah dipulihara sebagai satu bahan sejarah.



Monday, January 11, 2010

MADAIN SALEH YANG DINGIN

Assalamuallaikum wr.wbt.

Meneruskan cerita perjalanan menunaikan umrah,kami sempat sembahyang berjemaah subuh di Masjid Nabawi kerana selepas subuh terpaksa bertolak pula ke Madain Saleh dalam memenuhi program ziarah umrah,agak jauh perjalanan lebih kurang 44o km dari Madinah.Terpaksalah angkut beg lagi turun naik hotel.Dikhabarkan Madain Saleh terletak lebih kurang 60 km sahaja dari negara Jordan,kawasan yang agak sejuk.Sampai di Resort Madain Saleh Hotel yang cantik lebih-lebih dengan cuaca yang dingin dan nyaman.Selesai check in kami disajikan dengan makan tengahari yang pelbagai jenis makanan Arab yang rasanya enak belaka.Tetapi kadangkala tidak memenuhi selera kita,lebih-lebih selera orang kampung.Hendak tak hendak telan sahajalah.


Ada sedikit kelam kabut dari segi penempatan jemaah kerana terlalu ramai,kerana ada yang terpaksa menginap diArac Hotel yang agak jauh dari situ.Jadi ziarah yang sepatutnya dijalankan pada petang itu dibatalkan maka lebih banyak masa berada di Madain Saleh Hotel.Pekerja hotel ramai dari Filipina ada yang beragama Islam dan ada yang Kristian jauh betul mereka merantau mencari kerja.

Suasana malam lagi dingin,makan malam yang terdapat lagi banyak hidangan.Sempat menikmati teh didalam khemah yang memang disediakan untuk pengunjung yang ingin suasana yang agak panas kerana ada disediakan seolah-olah macam smoke hause di Cameron.Disebabkan tidak ada apa yang hendak dilihat kamipun masuk tidur .

Sunday, January 10, 2010

PERJALANAN KE MADINAH

Assalamuallaikum wr.wbt.

Hari ini terpaksa ambil MC berjumpa dengan Dr.Oii kilinik gigi di Teluk Intan,dengan harapan dia dpat buat sesuatu untuk mengurangkan kesakitan gigi tapi sama saja ulasannya suruh makan ubat terlebih dahulu kemudian datang pada hari jumaat untuk dicabut.Sakit gigi seperti biasa ditahan sajalah,berdoa agar sakit bahagian gusi cepat sembuh dan ditelan lagi ubat supaya sakit berkurangan.

Meneruskan cerita mengerjakan umrah,pada hari terakhir di Mekah sempat lagi aku mengucup HajarulAswad walaupun kali ini dugaan dan cabarannya amat kuat,namun dalam kepayahan itu aku dapat juga buat kali yang ketiga,terima kasih isteriku yang tersayang kerana memberi semangat dan dorongan agar aku mencuba.Kami melakukan tawaf wida ,agak mudah dan berjalan dengan lancar dan cepat kerana jemaah yang melakukan tawaf tidak ramai kerana cuaca yang agak panas pada ketika itu,Aizat agak keletihan kerana tidak tahan dengan cuaca yang panas ,sempat kau menyatakan kepadanya bahawa panas atau tidak terletak pada diri kita sendiri.InsyaALLAH dengan azam dan doa suasana panas akan menjadi sejuk,sebab Abah dengan emak pernah membuat umrah pada waktu begitu dan sedang berpuasa pula ,namun tidak terasa sangat bahang kepanasannya sewaktu kami mengerjakan umrah pada bulan Ramadhan tahun 2003.

Kesedihan yang teramat sangat,apabila kami terpaksa meninggalkan kota Mekah dan menuju ke Kota Madinah.Aku dan keluarga berdoa agar diberi kesempatan dan peluang sekali lagi untuk datang dan menjadi tetamu Allah pada masa akan datang dan kalau boleh dalam jangka masa yang terdekat.Dalam separuh perjalanan ke Kota Madinah kami berhenti disebuah Restoran Yaman untuk makan dan bersolat .Selera pula pada masa itu makan secara beramai-ramai sama seperti berkenduri makan yang tidak menggunakan meja dan duduk secara bersila.Sampai di Kota Madinah sudah agak lewat malam lagi sekali kami terpaksa check in di Hotel Al-Ansar Golden berhampiran dengan pagar Masjid Nabawi cuma yang agak kurangnya ialah lif yang agak lambat mungkin terlalu ramai penghuninya.Aku mencadangkan agar check in dulu dan makan malam tanpa membawa beg kebilik kerana kami belum menunaikan sembahyang Isyak,cuaca yang agak sejuk di Madinah membuatkan kami terpaksa memakai baju yang agak tebal,berguna juga Blazer yang aku beli dari kedai bundle apabila cuaca begitu.Alhamdulillah aku dan Aizat dapat solat di Masjid Nabawi ke Raudah berdoa dan melakukan ziarah ke makam Nabi Muhamad dan sahabat iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar .Balik sempat pula kena teh Madinah sebelum tidur.

GIGI OH GIGI

Assalamuallaikum wr.wbt.

Hari ini ingat dapat relaks macam semalam ,rupanya tidak seperti yang disangka,malam tiba-tiba sakit gigi dan tidak tidur dengan lena,pagi-pagi lagi aku mengajak isteri ke Teluk Intan untuk berjumpa dengan doktor,nasib baik makan tidak ada masalah.Doktor Oii klinik gigi yang menjadi tumpuan pesakit gigi tutup pada hari minggu.Terpaksa pergi mencari klinik lain,Klinik Sakthi berhampiran dengan Taman Seri Setia.Doktor memberitahu masalah aku ialah gusi yang membengkak kerana menggosok terlalu kuat.

Aku telan juga ubat yang diberi,ubat penahan sakit.Aizat tiba-tiba menelefon meminta kami datang kesekolah .Semalam beria benar tidak bagi datang,tetapi hari ini suruh datang pula,dia kata kasut sukan tertinggal.Kami mengambil keputusan untuk ke Ipoh juga ,sempat balik,tidur masak dan makan.Sampai dirumah dari Ipoh dah malam.Mata mengantuk tetapi tidak boleh tidur kerana sakit gigi menyerang lagi. Nampak gaya esok kena ke Klinik lagi .

Saturday, January 9, 2010

IMAM DI MEKAH

Assalamuallaikum wr.wbt.

Hari ini betul-betul relaks pagi pergi bermain golf keluar peluh sedikit kerana tidak sempat berjoging seminggu ini terpaksa buat senaman dalam rumah saja balik sekolah agak lewat.Petang menziarahi emak dikampung sambil minum petang bersama bonda,kemudian sempat kerumah abang yang berhampiran menziarahi anak saudara yang terlibat dalam kemalangan di Kuala Lumpur nasib baik tidak begitu serius cedera ringan .Didoakan Saiful cepat sembuh tentu tunangnya risau baru lebih kurang baru sebulan bertunang dan dijangka berkahwin hujung tahun ini.

Meneruskan cerita sewaktu mengerjakan umrah,seringkali mutawif menceritakan bahawa kelebihan beribadat di Kota Suci Mekah atau Tanah Haram ,akan digandakan segala ibadat,kebaikan dan kebajikan yang kita lakukan diTanah Haram terutama di Kota Suci Mekah,sembahyang di MasjidilHaram diberikan ganjaran 100,000 kali ganda(lipat dalam bahasa Indonesia) berbanding dengan kita sembahyang di tempat kita sendiri,begitu juga dengan segala kebaikan dan kebajikan yang lain yang kita lakukan sepanjang berada di Kota Mekah akan diberi ganjaran yang sedemikian.Oleh itu ambilah peluang sebanyak mungkin kesempatan untuk beribadah sewaktu berada disana.Namun demikian kita juga diingatkan bahawa segala perkara mungkar yang kita lakukan di Tanah Haram akan diberi ganjaran yang sedemikian banyak juga.Oleh itu berhati-hati agar kita melakukan perkara yang tidak baik sewaktu disana.

Mutawiff menceritakan bagaimana ada Imam di Mekah waima hendak melakukan Qada" Hajat pun keluar dari tanah Haram dan membuangnya di tanah Halal.Dalam perjalanan ke Jaranah ditunjukkan kepada kami kawasan perumahan Imam-imam di Masjidil Haram yang dibina diluar Tanah Haram,kerana mereka terlalu khuatir akan melakukan perkara yang melanggar perintah Allah tanpa disedari sewaktu berada di Tanah Haram.Sepanjang aku pergi ke Tanah Suci tidak pernah walau sekali Imam tersasul atau terlupa sewaktu mengimami solat.Bacaan Imam yang jelas dan sedap merupakan AURA yang membuatkan jemaah lebih khusuk sewaktu mendirikan solat.Bagi aku bacaan Imam Sudais begitu touching,untuk kali ini sewaktu disana aku rasa sempat dua kali saja beliau menjadi imam.Semoga anakku Aizat boleh menjadi imam dimana-mana masjid suatu hari nanti.Abah dan Emak doakan.

Friday, January 8, 2010

MENGUCUP HAJARUL ASWAD

Assalamuallaikum wr.wbt.

Hari ini hari yang kelima tahun 2010 sekolah memulakan pembelajaran,setakat ini alhamduliiah SMKUB berjalan baik dan P&P berjalan dari hari pertama lagi dan semua buku teks dapat diagihkan dengan sempurna,keberkesanan dari perancangan yang rapi.Tetapi apa yang menimbulkan masalah sedikit ialah sikap pelajar yang sering menghilangkan buku teks dan tidak membalut buku teks tersebut.Mulalah didenda dan gagal untuk memperolehi buku teks pada hari pertama persekolahan.Semalam puteri sulungku diKUIS memberitahu bahawa profosal tesisnya telah diterima oleh penyelia,terlalu gembira tergambar dari percakapan dalam telefon,alhamdulillah ramai lagi kawan-kawannya kecewa kerana tajuk tesis ditolak terpaksalah mencari tajuk lain.Kakak mungkin tidak tahu bagaimana abah terpaksa bersengkang mata bekerja allout sewaktu hendak menyiapkan tesis sarjana abah dulu dan yang paling tidak dilupakan ialah terpaksa bertukar penyelia apabila penyelia yang awal melanjutkan pelajaran diperingkat PHD diUS.Macam-macam yang terpaksa dilalui kalau hendak diceritakan terlalu panjang sehinggakan ada ketikanya kakak sendiri yang masih kecil terpaksa ditinggalkan keseorangan dirumah kerana emak menemankan abah yang ke KL bertemu dengan penyelia dan terpaksa pulang lewat malam.Abah dan emak berdoa agar ketiga-tiga anak abah dan emak berjaya melanjutkan pelajaran hingga keperingkat PHD,kerana diri abah sendiri sudah agak terlewat untuk sampai keperingkat tersebut.Cukuplah setakat peringkat Master sahaja.

Diteruskan cerita mengenai umrah,diantara niat kami berdua suami isteri untuk mengerjakan umrah kali ini ialah mencium Hajarulaaswad.Dua kali kami pergi tidak ada kesempatan yang terbaik kerana pada masa itu orang terlalu ramai.Pada tahun 2002 sewaktu mengerjakan haji sudah tentu ramai yang berebut dikhabarkan ada yang maut dalam perebutan mengucup Hajarulaswad.Pada tahun 2003 menunaikan umrah pada hujung Ramadhan sudah tentu ramainya umat manusia yang mengerjakan umrah seperti mengerjakan haiji juga.Tersentak apabila ditanya oleh salah seorang Jemaah yang bersama kami mengerjakan Umrah.Dr.Ahmad Shabudin pakar motivasi beliau telah memberi pelbagai tips bagi memudahkan sampai keMuka HajarulAswad.Jika dilihat dari perebutan dikawasan tersebut memang masih sukar untuk sampai ketempat tersebut.Keazaman lebih tercabar apabila salah seorang jemaah umrah seorang jurutera yang berasal dari Batu 16 menyatakan bahawa dia telah berjaya mengucup HajarulAswad sebanyak 2 kali.Aku meminta isteri mengejutkan pada malam tersebut dan aku bertekad dan berazam akan berusaha sedaya upaya untuk mengucup HajarulAswad selepas Qiamullail pada mlm tersebut.Selepas mengerjakan solat sunat dihadapan Kaabah aku berdoa selepas solat sunat hajat agar dipermudahkan jalanku untuk mengucup HajarulAswad.Seolah-olah aku tidak percaya dalam keadaan bersesak-sesak dan berebut-rebut aku berjaya menyusupkan diri dengan teknik yang diajar oleh Dr.Ahmad Shahbudin dan teknik Zikir yang diajar oleh Jurutera yang berasal dari kampung Bt.16 lebih kurang 5 minit sahaja.Tidak dapat digambarkan pada masa itu betapa genbira nya diriku.Aku terus balik ke Hotel untuk menceritakan khabar berita gembira itu sebelum itusempat juga aku melakukan sujud syukur . Esok malam selepas Qiamullail aku membawa isteriku pula yang memang kepingin untuk mengucup HajarulAswad,alhamdulillah berjaya juga dengan tekad dan azam serta zikir walaupun ada sedikit kesukaran tetapi berkat azam,semangat dan zikir akhirnya isteriku tersayang berjaya memenuhi impiannya.Keesokan malam pula sekali lagi kami berjaya ,tetapi kali ini lebih mudah kerana ada Jemaah Pakistan yang mengatur secara berbaris bagi lelaki dan perempuan secara bergilir lagi mudah dan senang untuk kami mengucup sepuas-puasnya Hajarul Aswad mungkin berkat dan rezeki dari bangun tengah malam dan bersembahyang sunat dedepan Kaabah.Syukur Alhamdulillah.

Wednesday, January 6, 2010

TERUS BERDOA

Assalamuallaikum wr.wbt.

Hari ini sudah memasuki empat hari persekolahan,nampak ayanya tidak ada masalah berat yang berlaku.Proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar,cuma masalah kontrak pembersihan swasta yang baru bertukar tangan sahaja nampak ada masalah sedikit tetapi dapat diselesaikan dengan baik apabila ada perbincangan,kerjasama dan muafakat.Namun kerja-kerja pembersihan ini perlu dilakukan pemantauan setiap hari baru kita rasa puas hati.Tidak boleh alpa.

Meneruskan cerita kerja menunaikan umrah,ada juga hari yang tidak ada ziarah diaturkan dan jemaah boleh melakukan aktiviti masing-masing.Apalagi anak-anak mulalah mereka merancang untuk berjalan disekitar MasjidilHaram.Terdapat banyak kompleks dan kedai disekitar kalau dikirakan lebih kurang macam MidValley di Kuala Lumpur.Tetapi pengunjungnya semakin berkurangan kerana Jemaah Haji sudah ramai yang bergerak ke Madinah.Hendak dicari pakaian jenis apa semua ada,minyak wangi dari yang murah sampai yang berharga beribu ringgit semua ada.Begitu juga barang kemas dan makanan yang penting ongkosnya mesti ada.Sempat juga Aizat dan kakaknya membeli KFC dan ayam panggang Taza emak dan bapaknya tumpang makan sama.


Selepas Asar diadakan pula ceramah agama oleh ketua Mutawiff Uztaz Ali Sudirman ,pelajar Indonesia yang hampir lapan tahun belajar di Mekah.Kesemua Mutawiff kumpulan kami merupakan pelajar Indonesia yang belajar di Madrasah di Mekah.Mereka sanggup bekerja sambil belajar untuk mencari sumber kewangan bagi meneruskan pengajian mereka.Survival mereka dalam menuntut ilmu sangat-sangat dihargai dan dikagumi.Apa yang menarik ialah cara mereka bertutur dan ilmu yang ada pada mereka sewaktu memberi penerangan.

Diantara isi ceramah mereka ialah tentang tempat-tempat mustajabah berdoa di BaitullahHaram.Ambilah kesempatan sepenuhnya.Pohon dan minta apa yang hendak diminta dan dipohon.Diperjelaskan dalam ceramahnya siapa yang berdoa di Rukun Yamani 70 malaikat yang sama akan mengaminkan doa kita.Begitu juga kawasan Raudah di Masjid Nabawi.
Aku terus mengingatkan anak-anak supaya terus mengambil kesempatan untuk berdoa dan sempat juga berpuasa sunat sehari di Mekah. ALHAMDULILLAH

SAKIT PINGGANG

Assalamuallaikum wr.wbt.

Menyambung cerita menunaikan umrah,pada hari seterusnya di Mekah kami dibawa pula melawat ke padang Arafah,Mina dan Muzaliffah.Terlalu banyak pembangunan yang berlaku dalam tempoh enam tahun aku tidak mengunjungi kota suci ini.Selepas ini mungkin tidak perlu bersesak menaiki bas lagi ke Padang Arafah,Muzalifah dan Mina kerana telah disediakan monorel dari kota Mekah.Mungkin nanti tidak ada lagi khemah di Arafah kerana mungkin didirikan bangunan pula.Pokok-pokok pun dah mula membesar dan tinggi sekurang-kurangnya dapat mengurangkan bahang panas apabila ramai umat Islam mengerjakan haji.
Masih ramai yang memanjat Jabal Rahmah dsakitan berdoa masing-masing dengan niat hanya mereka saja yang tahu apa yang dimunajatkan,sempat pula aku dan Aizat menaiki motorsikal roda tiga mengeliling dataran Jabal Rahmah.



Hari itu kami bermiqat di Jaranah untuk Umrah yang ketiga lebih kurang 25 km dari kota Mekah.Alhamdulillah dapat juga diselesaikan dengan sempurna walaupun terasa sangat sakit pinggang,terutama apabila mengerjakan saie ,rasa nak tumbang apabila rukuk mungkin usia dah meningkat.Tapi main golf tidak pula terasa sakit perli isteriku apabila aku mengadu dan menyuruhnya memicit bahagian pinggang yang sakit.

Monday, January 4, 2010

MEKAH YANG MEMBANGUN

Assalamuallaikum wr.wbt.

Hari kedua kami di Mekah telah dibawa ziarah dan mengambil Miqat di Tanaim,di Tanaim ada satu masjid yang dinamakan Masjid Saidatina Aisyah yang diambil namanya sempena Saidatina Aisyah yang mengambil Miqat disitu untuk menunaikan umrah dan tempat ini merupakan miqat yang paling hampir dengan MasjidilHaram lebih kurang 7 KM sebelum itu kami dibawa juga berziarah beberapa tempat tetapi melihatnya dari dalam bas sahaja ,iaitu seperti perkuburan Maala dimana disitulah Saidatina Khadijah disemadikan.Menurut Mutawiff ada dua perkuburan yang akan dibangkitkan penghuninya terlebih dahulu pada hari kiamat iaitu perkuburan Baqi dan perkuburan Maala dan sebagai umat islam kita seharusnya memasang niat untuk dikebumikan ditanah perkuburan ini apabila meninggal dunia.Kata orang tua-tua dulu perlu ada niat untuk mati di Mekah.

Agak ramai orang yang menjadikan Tanaim sebagai tempat bermiqat untuk mengerjakan Umrah,mungkin kerana tempatnya yang paling hampir dengan Masjidil Haram,dalam perjalanan pulang kami ditunjukkan dengan beberapa Masjid yang menjadi sejarah perjuangan dan dakwah nabi Muhammad SAW dan juga JabalNur tempat nabi bersembunyi apabila dikejar oleh Kafir Quraisy sebelum berpindah keMadinah.Satu lagi yang terserlah ialah perkembangan Kota Mekah yang begitu pesat dengan terbinanya hotel bertaraf bukan lagi lima bintang tetapi mungkin Super bintang tidak ada lagi hotel-hotel kecil sebagai tempat menginap yang pasti akan datang bayaran untuk menunaikan Haji dan Umrah sudah tentu meningkat namun kita jangan lupa jelas terbukti bahawa orang Islam hebat dalam ilmu pembinaan dan kejuruteraan walaupun arkitek dan juruteranya berjubah.

Sunday, January 3, 2010

SEMOGA DAPAT UMRAH YANG MAQBUL


Assalamuallaikum wr.wbt.

Tadi sempat call agen Darul Mubarak walaupun dalam kesibukan hari pertama persekolahan banyak benda yang perlu diselesaikan,hendak memberitahu tentang beg yang ingin saya pulangkan kembali,pada agakan saya agen ini sudah pulang dari mengerjakan umrah,rupa-rupanya petang ini baru hendak bertolak.Semua penerbangan yang dirancang ada masalah dan yang sudah tentu seperti yang diberitahu kepada saya ialah masalah visa tidak diluluskan.Alhamdulillah tindakan saya menukar agensi pada saat akhir tepat dan itu merupakan ketentuan ALLAH sehingga kami sekeluarga dapat juga mengerjakan umrah sewaktu cuti.Mungkin bagi mereka yang tiada urusan dengan pekerjaan pergi pada ketika ini satu kesempatan yang baik kerana jemaah haji di Mekah dan Madinah sudah berkurangan kerana ramai sudah pulang ke tanah air masing-masing

Meneruskan cerita mengerjakan umrah sampai saja kami di Mekah,agak lewat kerana pada masa itu sudah masuk waktu Magrib namun begitu sepanjang perjalanan kami penuhi dengan bertalbiah yang tidak henti-henti.Mutawiff memberitahu kami hanya dapat melakukan tawaf selelas Isyak dan selepas makan malam.Selepas Check in di Hotel ,kami berehat sebentar dan kami mengambil keputusan untuk melakukan Tawaf selapas Isyak dan diteruskan dengan melakukan Syaie dan bertahalullal.Masih ramai lagi jemaah haji yang belum meninggalkan kota Mekah .Agak bersesak di dalam Masjidil Haram,alangkah bahagianya ketika itu apabila masuk pintu ALHARAM dan melihat Kaabah,akau terus berdoa dan menyuruh anak-anakku berdoa sama terutama Nurul Farha dan Muhamad Aizat yang baru pertama kali melihat Kaabah secara life.Alhamduliilah walaupun kami terpaksa mengambil masa yang agak lama dapat juga menyelesaikan Umrah pertama dengan sempurna dan hajat kami untuk mengerjakan Umrah sekeluarga dimakbulkan oleh Allah SWT.



Friday, January 1, 2010

NYAMANNYA KOTA TAIF

Assalamuallaikum wr.wbt.

Bersambung cerita semalam setelah kami dibawa melawat Taif yang begitu nyaman dan sejuk cuacanya.Diberitahu oleh mutawif bahawa Taif merupakan kawasan pertanian yang paling subur kebanyakan sayur-sayuran dan buahbuahan di Mekah dan Madinah dibekalkan dari Taif .sempat juga kami dibawa ke pasar buah-buahan.Geram melihat buah-buahan yang segar dan cantik terutamanya buah delima yang merah isinya dan sudah tentunya manis.

Sebelum itu kami dibawa melawat keMuzium dan makan tengahari Nasi dalam Talam untuk lima orang tidak dapat dihabiskan walaupun sedap dikhabarkan nama hidangan itu Nasi Mandi.



Teringat penerangan daripada mutawif sewaktu kami berada di Masjid Kuk,dimana disitu Rasulullah SAW bersandar pada batu dalam keadaan kesedihan apabila kaum ditaif cuba menghalau dan mengusir Rasulullah dan ada usaha untuk membunuh Rasulullah dengan menolak batu dari atas tetapi tidak berjaya .Begitu jerih dan peritnya perjuangan Nabi Muhammad SAW bukan setakat cubaan dan dugaan tetapi ada cubaan untuk membunuh ,tetapi Allah sentiasa memelihara Rasulullah SAW pada ketika itu.


Setelah selesai lawatan kami bertolak untuk menuju ke Mekah dan kami mengambil Miqat di Qarnul Manazil,berdebar juga kerana sudah hampir 6 tahun tidak mengerjakan umrah,memakai kain ihram pun hampir lupa terpaksa bertanya dengan rakan jemaah yang bersama kami.Anak Lelaki ku Aizat ,terpaksa dipakaikan kain ihramnya kerana itulah pertama kali dia memakai kain ihram.Aku selalu mengingatkan kepadanya tentang pantang larang yang perlu dipatuhi apabila telah berniat untuk mengerjakan umrah ada beberapa perkara yang wajib dipatuhi sepanjang kita berihram sehinggalah bertahalul. Emaknya apa lagi sepanjang jalan sering mengingatkan perkara tersebut kerana dia duduk bersebelahan dengan emaknya dalam bas.