Saturday, October 31, 2009

Nawaitu Kak Besah yang telah tercapai

Asslamuallaikum wr.wbt.

Selepas menghadiri seminar kecemerlangan PIBG di Teluk Batik Resort yang nampak tidak begitu memberangsangkan pengisiannya saya dan isteri singgah di Masjid Lekir untuk sembahyang Zohor.Selepas itu saya terus menuju kerumah kakak saudara yang dikhabarkan akan bertolak menunaikan fardu haji ke Mekah.Bukan senang untuk kerumah kak besah ni,hampir acap kali saya terpaksa berpusing-pusing dilorong-lorong yang terdapat di perumahan Felcra Changkat Lada,tidak sah kalau saya tidak bertanya kepada orang disitu .Akhirnya saya sampai juga ke Jalan Manggis 3.Kebetulan Kak Besah sedang memotong serai dihalaman rumah.Dia tersenyum dan berasa bangga agaknya seolah-olah didalam hati kecilnya tidak sabar-sabar hendak memberitahu kepada isteri saya bahawa impiannya selama ini telah dimakbulkan ALLAH SWT,lambaian Kaabah sudah memanggil-manggil dirinya untuk sampai kesana.Jika saya imbau kenangan silam saya tidak nampak kakak saudara ini mampu untuk menunaikan fardu haji keMekah,tetapi kuasa ALLAH dengan niat yang berulangkali dilafazkan dengan usaha yang dilakukannya akhirnya nawaitu kak besah telah tercapai.Cuma yang agak menyedihkan tanpa bersama suami yang tersayang yang sama-sama membanting tulang empat kerat berusaha menjadi peneroka felcra kerana telah pulang kerahmatullah terlebih dahulu.Tidak mengapa kak, doakan agar rohnya dicucuri rahmat sewaktu berada di Makatulmukarramah dan diMadinatulMunawaarrah,saya penuh yakin doanya yang beribu kali telah termakbul akhirnya.Sebelum pulang sempat saya berdoa agarKak Besah mendapat haji yang MABRUR dan dipermudahkan segala perjalanan pergi dan balik serta meminta kak besah berdoa disana agar saya dan family dapat sampai kesana untuk mengerjakan umrah pada bulan Disember ini.LABBAIKALLAHUMMALABAIK

Friday, October 30, 2009

Macam Pahat dengan Penukul

Assalamuallaikum wr.wbt.

Mungkin masalah ini dihadapi hampir semua sekolah yang ada perkhidmatan pembersihan swasta dan pengawal keselamatan.Cuma yang membezakan berat atau ringan sahaja.Pekerja swasta perlu dipantau selalu,semua perlu diarah,disebut,ditunjuk dan dilihat berulang kali baru kerja boleh berjalan dengan lancar.Mungkin mereka tidak ada SKT kerja dan mungkin juga tidak ada APC malah ada yang memegang prinsip ISA (Ikut Suka Aku),hendak bekerja mereka bekerja tidak mahu mereka berhenti.Gajinya pun kurang memberangsangkan.Banyak sekolah saya telah bertugas dan masalah ini masih berterusan dan berpanjangan pekerja malas,penyelia tak nampak muka dan kontraktor entah dimana,cuma kali ini masalah saya kurang sedikit kerana kesemuanya menurut kata ,tetapi perlu sentiasa diperhatikan .WAYS(Walk Around Your School).Pantang lepa mulalah ada yang curi tulang.Mereka tidak sedar tentang keberkatan rezeki dan keberkatan usia."The man who does not work for the love of work,but only for money nor to find much fun in live" .Sampai bila tak tahulah?

Thursday, October 29, 2009

Brand Yourself or be Branded

Assalamuallaikum.wr.wbt.
Walaupun dalam keadaan sibuk hari ini,sempat juga saya membaca buku tulisan Lim Kok Wing bertajuk 'Inovation Enabling Transformation".Bahasanya mudah difahami dan banyak pengajaran yang boleh diambil dari buku tersebut.Saya amat tertarik dengan pernyataan yang ditulisnya,"In competitive environment you either brand yourself or you will be branded".Pernyataan ini boleh dikaitkan dengan aspek pendidikan.Semua pihak perlu berusaha untuk mendapatkan kecemerlangan,perlu ada niche area,perlu tonjolkan watak sekolah dan hebat dalam semua aspek,seolah-olah sekolah umpama barang yang perlu ada jenama yang tersendiri.Jenama mesti hebat,terserlah,digilai,digeruni dan sentiasa menjadi sebutan ramai.Sebaliknya jika merosot,lemah,tercorot,terkebawah menghadapi banyak masalah juga menjadi sebutan dan dijenamakan dalam bentuk negatif,atau dalam erti kata lain"Be Branded".Oleh itu persaingan antara sekolah dalam segala bidang tidak boleh diketepikan dan diambil ringan.Persaingan merupakan motivasi untuk maju kehadapan.Mengambil pernyataan Lim Kok Wing lagi,Even if we are ahead,we must constantly remind ourselves that nothing remains the same overtime.If we don't stay one step or several a head of the competitors,they will eventualy catch up and move a head of us.In any competitive environment winners can become losers and losers can become winners.Renungkanlah dan berusaha untuk terus cemerlang .Wallahuallam

Tuesday, October 27, 2009

Integriti bukan pelan atau perancangan tetapi soal dalaman

Assalamullaikum wr.wbt

Hari ini saya berpeluang menghadiri satu majlis ilmu anjuran Jabatan Agama Islam Daerah Hilir Perak.Dulu dikenali sebagai Eksekutif Talk.Alhamdulillah bukan mudah hendak mendengar ceramah dari tokoh-tokoh yang dijempat iaitu Dr.Zulkifli Muhamad Al-Bakri dan Dr.Ahmad Bashir Aziz. Tajuk "Integriti Penjawat awam dari perpekstif Islam" sudah selalu diperkatakan,mengambil ungkapan Dr.Bashir dengan loghat Kedah dah cemus namun bukan senang hendakdiamalkan.Bersikap tawaduk dan takwa merupakan asas utama untuk menjadi lebih integriti.DrBashir mengambil contoh sewaktu perang Uhud tentera islam hampir tewas kerana kurangnya integriti pasukan pemanah yang ditempatkan diatas bukit.Apabila melihat tentera musuh tewas meninggalkan harta, mereka mula lupa akan pesanan nabi dan turun dari bukit untuk mendapatkan harta rampasan tersebut,namun begitu Nabi Muhamad SAW walaupun sebagai nabi masih mengakui kelemahannya yang masih menyatakan bahawa baginda belum cukup mentarbiyahkan pasukan tentera pemanahnya.Seterusnya Dr.Zulkifli menjelaskan bahawa integiti memerlukan kejujuran dan amanah,beliau menyatakan orang hebat mempunyai sedikit masa tetapi banyak kerja yang boleh dilakukan tetapi orang yang lemah masa banyak tetapi sedikit sahaja kerja yang mampu dilakukan.Orang yang hebat juga bekerja before time Seperti yang pernah nyatakan sebelum ini sebenarnya integriti terletak pada individu,seperti juga sifat IHSAN seseorang hanya insan itu sendiri yang tahu sejauh mana ihsannya dan sejauhmana beritegritinya mereka.Tahniah dan didoakan agar cepat sembuh kepada Uztaz Roslin (PTA) walaupun dalam keadaan uzur masih mampu untuk membuat program yang begitu besar,namun yang mengecewakan tidak ramai Ketua Jabatan yang hadir termasuk Pengetua.Wallahuallam.

Pentingnya Perancangan dalam Pendidikan

Assalamulaaikum wr.wbt.

Alhamdulillah pada hari ini saya dapat bersama guru-guru mengadakan mesyuarat kurikulum sekolah kali ke 4 yang dianggap kali terakhir pada tahun 2009.Pejam celik sudah hampir kepenghujung sesi persekolahan.Telah banyak kami bincangkan tentang program peningkatan untuk pelajar pada tahun ini,lebih lebih lagi dalam mesyuarat khas postmortem bagi membincangkan keputusan peperiksaan percubaan Tingkatan lima.Saya selalu mengingatkan guru-guru supaya mengamalkan dasar POLICE iaitu (Planning,Organise,Leading,Involve,Continues improvement and Evaluate) dalam apa jua yang ingin dilakukan terutama dalam program peningkatan.Bagi saya yang penting dalam mesyuarat kurikulum kali terakhir ini ialah tentang pengukuhan program SPM yang sedang dijalankan agar benar-benar menbantu pelajar untuk sukses dalam peperiksaan sebenar bermula pada pertengahan September ini.Namun begitu, saya juga telah menunjukkan kepada guru-guru nama-mana pelajar yang perlu diambil perhatian bagi peperiksaan PMR dan SPM pada tahun 2010.Guru-guru seharusnya mengenali mereka suapaya dapat dibimbing,didorong,diberi semangat untuk menjadi pelajar cemerlang sekolah.Nama-nama pelajar tingkatan satu juga saya tunjukkkan bersama dengan analisis peperiksaan pertengahan tahun supaya ada sedikit gambaran subjek mana yang perlu diberi perhatian agar handicap pelajar tersebut dapat diperbaiki dari awal lagi,bermula Januari 2010.Walaupun begitu pelajar HALUS iaitu harapan lulus juga tidak dikesampingkan ,pelbagai program akan diatur menjelang tahun 2010 dan perancangannya ialah dalam mesyuarat panitia yang terakhir.Kita mahu program yang berterusan agar kejayaannya berpanjangan. Wallhuallam

Sunday, October 25, 2009

PROGRAM PENTADBIR BERSAMA TINGKATAN 5 2009

Assalamualaikum wr.wbt.
Hari ini dalam saya diberi kesempatan berucap dalam program bersama dengan pelajar tingkatan 5, 2009.Sekalung tahniah saya ucapkan kepada pelajar-pelajar kerana telah berjaya melonjakkan peratus lulus peperiksaan percubaan SPM 2009 jika dibuat perbandingan daripada keputusan tahun 2008.Keputusan 95.35 yang telah dicapai berdasarkan subjek Bahasa Melayu suatu keputusan yang memberangsangkan.Dua orang pelajar yang gagal dalam Bahasa Melayu telah berjanji dan berikrar dihadapan saya dan rakan-rakannya untuk berjaya dalam peperiksaan sebenar.Saya mahu kedua-dua pelajar ini mengikrarkan janji dari hati dan diterjemahkan dalam bentuk usaha.Saya juga telah menjelaskan kepada pelajar bahawa guru-guru dalam mesyuarat postmortem telah sepakat untuk melaksanakan pelbagai program bagi meningkatkan kecemerlangan dalam peperiksaan SPM sebenar.Saya juga meniupkan sedikit semangat dan motivasi kepada pelajar bahawa "Manusia dilahirkan dengan kemampuan untuk terbang,kenapa pula mereka memilih untuk merangkak sepanjang hayat".Pelajar sebenarnya belum menggunakan sepenuhnya potensi dan kemampuan yang ada diri mereka untuk mengejar kecemerlangan.Sememangnya pelajar ada kelemahan dan sering membuat kesilapan, namun begitu saya mengingatkan mereka"Kejayaan bukan bermakna tidak pernah membuat kesilapan,tetapi mencuba sekali lagi dengan lebih baik setiap kali setelah membuat kesilapan".Jauhilah sikap suka merendah diri.Saya juga inginkan pelajar dapat membuktikan bahawa slogan yang sering dilaungkan oleh mereka iaitu "UB THE BEST" diserlahkan melalui keputusan SPM pada tahun 2009.Alangkah hebat dan gahnya SMK Ulu Bernam jika berjaya membuat lompatan saujana daripada keputusan SPM 2008 iaitu 65.52 dan seterusnya memperolehi keputusan GPS bawah 6.0.Pengetuanya sudah tentu lebih berbangga.Akhirnya saya memberitahu pelajar-pelajar bahawa " KEMENANGAN,KEJAYAAN,KECEMERLANGAN SEBENARNYA BERMULA DALAM FIKIRAN".Walaahuallam

GOLF PERMAINAN FOKUS DAN PERLU BERTENANG

Assalamuallaikum wr.wbt.

Petang tadi seorang rakan menelefon dan memberitahu bahawa dia telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan golf anjuran Bank Rakyat yang diadakan di Damai Laut.Rakan ini juga bertanya saya sama ada saya ada bermain pada pagi ini.Beliau menasihati anak-anaknya bahawa kemenangan yang beliau perolehi selama ini merupakan hasil dari latihan yang tidak pernah jemu dilakukannya pada setiap hari.Beliau sanggup membuat lorong putting sendiri dirumah begitu juga melakukan chipping setiap hari jika tidak berkesempatan untuk bermain dikelab golf yang berhampiran.Nasihat beliau kepada anak-anaknya dalam waktu belajar juga latihan perlu dilakukan setiap hari dalam apa juga subjek yang ada disekolah perlu ada latihan dan pengukuhan jika ingin untuk berjaya.Sikap ambil mudah dan tidak cakna dengan ajaran orang yang tahu dari kita atau guru perlu dikikiskan jika ingin cemerlang dalam pelajaran.Disamping itu saya tambah lagi seseorang pelajar perlu sentiasa FOKUS terhadap pelajaran dan setipa latihan perlu dilakukan berulang kali.Hormat pada guru dan sentiasa mengingati pengorbanan ibu bapa.Sembahyang jangan diringankan disamping berdoa dan sentiasa percaya tentan The Power of Doa and The Miracle of Doa,InsyaALLAH akan mengabulkan doa kita .Sebenarnya rakan ini ingin juga mengingatkan saya supaya memperbanyakkan latihan dalam permainan golf kerana permainan saya semakin buruk sejak akhir-akhir ini dan sentiasa fokus dan bertenang sewaktu bermain juga mendapat banyak PAR dan BIRDIE. Masa untuk bermain sudah terlalu sedikit dan terlalu bannyak kekangannya. Walaahuallam