Sunday, October 25, 2009

PROGRAM PENTADBIR BERSAMA TINGKATAN 5 2009

Assalamualaikum wr.wbt.
Hari ini dalam saya diberi kesempatan berucap dalam program bersama dengan pelajar tingkatan 5, 2009.Sekalung tahniah saya ucapkan kepada pelajar-pelajar kerana telah berjaya melonjakkan peratus lulus peperiksaan percubaan SPM 2009 jika dibuat perbandingan daripada keputusan tahun 2008.Keputusan 95.35 yang telah dicapai berdasarkan subjek Bahasa Melayu suatu keputusan yang memberangsangkan.Dua orang pelajar yang gagal dalam Bahasa Melayu telah berjanji dan berikrar dihadapan saya dan rakan-rakannya untuk berjaya dalam peperiksaan sebenar.Saya mahu kedua-dua pelajar ini mengikrarkan janji dari hati dan diterjemahkan dalam bentuk usaha.Saya juga telah menjelaskan kepada pelajar bahawa guru-guru dalam mesyuarat postmortem telah sepakat untuk melaksanakan pelbagai program bagi meningkatkan kecemerlangan dalam peperiksaan SPM sebenar.Saya juga meniupkan sedikit semangat dan motivasi kepada pelajar bahawa "Manusia dilahirkan dengan kemampuan untuk terbang,kenapa pula mereka memilih untuk merangkak sepanjang hayat".Pelajar sebenarnya belum menggunakan sepenuhnya potensi dan kemampuan yang ada diri mereka untuk mengejar kecemerlangan.Sememangnya pelajar ada kelemahan dan sering membuat kesilapan, namun begitu saya mengingatkan mereka"Kejayaan bukan bermakna tidak pernah membuat kesilapan,tetapi mencuba sekali lagi dengan lebih baik setiap kali setelah membuat kesilapan".Jauhilah sikap suka merendah diri.Saya juga inginkan pelajar dapat membuktikan bahawa slogan yang sering dilaungkan oleh mereka iaitu "UB THE BEST" diserlahkan melalui keputusan SPM pada tahun 2009.Alangkah hebat dan gahnya SMK Ulu Bernam jika berjaya membuat lompatan saujana daripada keputusan SPM 2008 iaitu 65.52 dan seterusnya memperolehi keputusan GPS bawah 6.0.Pengetuanya sudah tentu lebih berbangga.Akhirnya saya memberitahu pelajar-pelajar bahawa " KEMENANGAN,KEJAYAAN,KECEMERLANGAN SEBENARNYA BERMULA DALAM FIKIRAN".Walaahuallam

No comments:

Post a Comment