Monday, August 9, 2010

LAWATAN PENGARAH

Assalamuallaikum wr.wbt.

Dah lama sangat tidak menulis dalam blog,walaupun pelbagai peristiwa dilalui sebelum ini,disekolah agak sibuk dengan persiapan menyambut lawatan kerja menyambut pengarah berserta rombongannya dari JPN dan PPD,kalau boleh kita hendak lakukan yang terbaik supaya adab menyambut tetamu seperti dalam agama dapat dipraktikkan,semoga,persiapan yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dan teratur mengikut ketetapan,tadi sudahpun membuaat reheaseal bersama pelajar dan guru,nampak macam mudah tetapi takut fumble,terutama kawad statik,ucapan pun kena tengok juga suapaya tridak tergagap-gagap,maklumlah ramai yang datang,kadangkala mereka melihat kelemahan kita .Selalu saya memberitahu guru-guru bahawa dalam apa jua yang kita lakukan mestilah kita cuba buat yang terbaik.Tadi PPD pun ada berbincang dalam telefon agar persiapan biar kemas dan teratur dan dia yang beria-ria benar hendak membawa pengarah ke Ulu Bernam,sebagai tanda penghargaan PPD diatas pencapaian sekolah dalam peperiksaan SPM yang membuat lompatan saujana.Semoga segala perjalanan esok dipermudahkan oleh ALLAH SWT.

No comments:

Post a Comment