Wednesday, August 11, 2010

DOA SEBELUM BERBUKA PUASA

Assalamuallaikum wr.wbt.

Sudah sehari berpuasa,alhamdulillah dalam cuaca yang begitu panas dan terik,masih segar dan cergas untuk menjalankan tugas-tugas harian,pelajar-pelajar pun setakat ini,masih tetap menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran,guru-guru terus bersemangat untuk meneruskan tugas sebagai seorang guru yang berdedikasi .Semalam masih sempat memberi tazkirah dengan pelajar-pelajar selepas program bacaan Yaasin,berkisar dengan soal puasa dan waktu yang mustajab berdoa,diantara waktu yang mustajab sebelum berbuka puasa,saya memberitahu kepada pelajar bukan waktu itu digunakan untuk melihat,memilih dan mengambil makanan yang paling sedap untuk dimakan sewaktu berbuka,tetapi sepatutnya berdoa tentang apa yang dihajati,berzikir dan bermunajat tentang perkara yang diingini,dari dulu telah saya jelaskan kepada pelajar bahawa doa mestilah sesuatu yang spesifik tentang apa yang kita pohonkan,bukan secara umum , selain itu waktu yang mustajaab berdoa ialah selepas sahaja kita menjamah makanan,diharapkan dapat masuk dalam kotak fikiran mereka dan dilakukan.Semoga bulan yang penuh rahmat,berkat dan magfirah ini dipenuhi dengan ibadat-ibadat yang sebanyak mungkin.

1 comment:

  1. Salam,
    Nyebuk bebeno mike dibulan poseni tak sempat nak nulih mun selengkok due.

    ReplyDelete