Wednesday, July 7, 2010

Minggu Koperasi

Assalamuallaikum wr.wbt.

Hari ini hujan lebat petang,terpaksa dibatalkan perlawanan Futsal antara tingkatan sempena minggu koperasi,bukan apa takut kilat yang sambar menyambar,nasib baik cikgu ni cekap buat pelan B.Adalah acara untuk pelajar lelaki.Pelajar perempuan dah diatur acara untuk mereka,sememangnya guru-guru ini cekap dan cepat bertindak,sebelum itu menghadiri mesyuarat panitia Sejarah,banyak juga perkara yang saya tegur terutama menghabiskan sukatan mesti kejar dan sesuai dengan apa yang sedang dirancang,jika tidak agak sukar untuk menghabiskan lebih-lebih lagi sekarang sudah memasuki bulan Julai.Reseat untuk peperiksaan pertengahan tahun mesti dilaksanakan cepat,jika tidak akan menjadi basi dan pastikan pelajar lulus untuk reseat kali pertama,jika ada yang gagal buat lagi sampai lulus.Agak lewat sampai ke rumah kerana menunggu acara penyampaian hadiah,begitu aktif pelajar-pelajar SMKUB.Esok pagi-pagi kena pergi Sek Men.Sains Bagan Datoh (SABDA) ,upacara perasmian sekolah, semua turun dari Sultan Azlan sampai lah kepada menteri .

No comments:

Post a Comment