Monday, July 5, 2010

GAGAL 99 KALI

Assalamuallakum wr.wbt.

Agak letih hari ini,apa tidaknya dua hari cuti hujung minggu diisi dengan bermain golf 18 lubang satu hari, mana tidak letih,namun semangat sewaktu berada disekolah seperti biasa,dalam ucapan perasmian minggu koperasi pada hari ini sempat memberi motivasi kepada pelajar-pelajar tentang semangat untuk terus belajar."Jika kita gagal bukan bermakna kita telah gagal sepenuhnya tetapi sebenarnya kita belum berjaya",oleh itu usaha perlu dilipatgandakan untuk memperolehi kejayaan.Saya memberi contoh iaitu bagaimana Mat Saleh yang berambut putih iaitu pengasas KFC yang pernah gagal sebanyak 99 kali untuk mencipta resepi yang paling sedap dan enak bagi memulakan Restoran KFC tetapi akhirnya dengan usaha dan tekad yang kuat berjaya mencipta resepi yang paling sedap sehingga cawangan restoranya berada di seluruh dunia.Begitu juga Tan Sri Syed AlBukhari,yang pernah ditanya dan dipuji tentang kejayaannya menjadi salah satu jutawan di Malaysia ,beliau menyatakan bahawa" orang selalu memuji dan bertanya tentang kejayaannya,tetapi tidak siapa yang pernah bertanya berapa kali beliau telah gagal sebelum mencipta kejayaan".Apa yang boleh diambil iktibar dari cerita ini,saya menyambung ucapan saya kepada pelajar di SMKUB ialah,kejayaan sebenarnya tercipta bermula dari kegagalan,namun perkara itu tidak boleh muncul begitu sahaja,tanpa usaha yang benar gigih.

No comments:

Post a Comment