Wednesday, May 12, 2010

ROTI CANAI IN SCHOOL

Assalamuallaikum wr.wbt.

Hari aktiviti kokurikulum sekolah yang dilaksanakan sempena minggu budaya sangat menarik kerana pelajar diajar dan dipertandingkan dengan cara menyediakan doh roti canai dan cara menebar sekali. Rupanya ada guru yang pakar tentang penyediaan roti canai.Jadi tiap-tiap persatuan diminta menyediakan wakil untuk menjalanIaktiviti dan masuk bertanding dalam aktiviti tersebut.Kali ini amat mengejutkan kerana hampir 90% wakil pelajar lelaki dan yang menang pun semua pelajar lelaki.Mungkin betul kata orang chef yang paling baik didunia ialah orang lelaki.Betul juga kata PK Koku sewaktu mengendalikan aktiviti tersebut kalau pelajar selepas sekolah tidak ada kerja kerjaya sebagai penebar roti canai merupakan kerjaya yang boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan.Banyak juga aktiviti Koku yang dijalankan oleh mereka sepanjang tahun ini.Aktiviti ini sangat penting bagi menyediakan diri mereka sebagai pelajar yang trampil dan mampu berdaya saing dalam arus perdana apabila keluar sekolah nanti.

No comments:

Post a Comment