Friday, May 21, 2010

HARI GURU BERSAMA RAJA NAZRIN

Asada kertas pensalamuallaikum wr.wbt.

Semalam sambutan hari guru peringkat negeri Perak inilah kali pertama disambut dengan sokongan dan kehadiran Raja Muda Perak da MB.Agak luar biasa kali ini macam-macam cara bagi menyatakan terima kasih kepada guru.Yang menarik ucapan Raja Nazrin yang memang kemas dari segi ucapan dan tersusun indah bahasanya,mungkin ucapannya memang sudah disediakan dengan kajian yang mendalam kerana bukan senang hendak mencari fakta-fakta dengan lengkap siap dengan tarikh yang tepat terutama bila membicara sejarah hari guru,tidak sempat hendak mencatat kerana tiada kertas yang dibawa sehelai sepinggang bergaya dengan LOUNGE SUIT mana ada kertas dan pen pun tidak dibawa,melongo saja mendengar ucapan yang penuh dengan fakta dan sesekali pujian dan sanjungan terhadap tugas dan tanggungjawab guru yang kadangkala tidak diambil endah oleh sesiapa,tetapi guru masih terus dengan amanah dan kesediaan dan persediaannya untuk mengajar..Dan malam ini pula di Daerah Bagan Datoh guru akan diraikan dalam majlis makan malam olah ahli Parlimen Bagan Datoh.Mungkin baru terasa bahawa guru patut diraikan bukan sentiasa meraikan orang lain.TERIMA KASIH CIKGU

No comments:

Post a Comment