Wednesday, January 26, 2011

CIKGU SAID SAHABATKU

Assalamuallaikum wr.wbt.

Malam tadi sempat menghadiri majlis jamuan makan malam sempena persaraan seorang sahabat, bekas penolong kanan SMK Horley Methodist Tn.Hj.Mohamad Said bin Mohamad,sorang guru yang saya kenali sewaktu mengajar di SMK Khir Johari Sg. Sumun ,mungkin disebabkan saya merupakan mantan AJK Majlis Penolong Kanan Peringkat Daerah membolehkan saya dijemput untuk menghadiri majlis anjuran Penolong kanan Daerah Hilir Perak.Bercerita kembali tentang Tn.Hj. Mohamad Said yang saya kenali merupakan seorang guru yang hebat sama-sama mengajar subjek sastera dikelas tingkatan 6,kombinasi kamilah yang mengajar pada tahun tersebut menyebabkan subjek kesusasteraan melayu melonjak dari segi calon yang mendapat A.Rasanya hampir tiga tahun berturut-turut,selepas itu masing-masing ditukarkan kesekolah lain atas alasan dinaikkan pangkat saya ke Seri Muara dan Cikgu Said ke Tun Razak Selekoh,memberi kesan yang besar juga kepada Tingkatan enam pada tahun-tahun berikutnya,tanpa sifu-sifu yang hebat dalam sastera ni. Satu lagi Cikgu Said ini merupakan rakan saya sama-sama memancing dan menjaring serta menjala ikan,itu merupakan hobinya dan hobi saya juga pada masa itu,memang satu memori yang indah pada masa yang tidak dapat dilupakan sama-sama meranduk selut menjala ikan dan udang berlawan siapa yang memperolehi ikan yang banyak .Sesekali terkenang amat merindui suasana itu.Satu perkara lagi ialah kami juga sama-sama belajar ilmu homeopathy,ada le saya mengikuti satu dua bulan begitu juga Cikgu Mohd Said tetapi cita-cita cikgu said dieruskan oleh anaknya Yusuf yang akhirnya membuka klinik sendiri di Simpang Empat Hutan Melintang ,Setelah perkhidmatan selama lebih kurang 33 tahun bersaralah cikgu said sahabat ku.Semoga Cikgu Said diberi kesihatan yang baik dan diberi kekuatan untuk meningkatkan ibadah kepadaMU YA ALLLAH

1 comment: