Monday, June 28, 2010

CAKAP ORANG PUTIH

Assalamuallaikum wr.wbt.

Hari ini agak awal kesekolah,sampaipun awal sempat bersama dengan pelajar dalam program bacaan Yaasin,sudah agak lama tidak bersama dalam program tersebut.Alhamdulilah kedatangan pelajar pun agak awal dan tidak perlu dikenakan sebarang dendaan ,ada juga guru dan pelajar yang menyatakan bahawa agak lama tidak bertemu dengaan pengetua,padahal hari Isnin buka persekolahan ada saya di sekolah,mungkin itu yang dikatakan bahawa ketidakhadiran pengetua disekolah amat dirasai,jangan sampai hadir pengetua disekolah sangat dibenci sudahlah.Awal pagi sudah masuk kekelas tingkatan lima melaksanakan NASIRAN(Nasihat Motivasi dan Amaran) berdasarkan kepada result pertengahan tahun,sempat masuk dua kelas,banyak yang perlu diperbaiki dan program perlu dipantau jika tidak keputusan sudah tentu menurun.Semalam NASIRAN bersama anak jantan tersayang Aizat,ok juga resultnya kecuali Sains dan Matematik begitu juga Bahasa Arab.Dia kata markah belum dapat begitu juga result kertas Iddadi ,mungkin sibuk sangat uztaznya.Esok mesyuarat JKKS kali ke 3.Sempat juga buat analisa result walaupun sibuk dengan kerja membuat esei IAB,tinggal hendak final touch,hantar sajalah ,sudah tidak mampu hendak fikir dan buat.Dalam masa yang sama sempat juga meninjau aktiviti Englis Week yang bermula hari ini,nampak berjalan dengan lancar,respon dari pelajar juga ok.Pengetua sempat juga bercakap dua tiga patah cakap orang putih dengan pelajar.

1 comment:

  1. Buat peghonjang ape nengor cakap kawan ngajak pegi IAB, kan dah susahkan dighi buat esei. Dah jadi pengetue pandei2 le mmemikio.

    ReplyDelete