Wednesday, February 10, 2010

ANAK BAPAK

Assalamuallaikum wr.wbt.

Sedang saya menulis beberapa perkara penting berkaitan urusan pejabat.tiba-tiba pintu diketuk dan saya didatangi oleh ibu-bapa pelajar yang ada masalah sedikit sebelum ini.Sememangnya saya nantikan kedatangan mereka bagi tujuan berbincang masalah anaknya yang dulunya tidak ada masalah tiba-tiba melakukan masalah disiplin yang dikira perlu diselesaikan cepat,jika tidak sudah tentu akan merebak kerana masih diawal tahun.Perakara yang kelakar sedikit pelajar ini ada mengirimkan sepucuk surat melalui ibu-bapanya untuk dibaca oleh pentadbir tentang punca-punca dia tidak mahu hadir kesekolah.Agak tergamam juga kedua ibu dan bapanya pabila surat itu dibaca oleh Pk Hem didepan mereka.Diantara yang saya nampak ialah pelajar ini ada juga strategi itu menyedarkan terutama bapanya yang mempunyai tabiat suka berjudi dan bermain nombor ekor seperti yang ditulis dalam suratnya.Jadi disebabkan dia berasa bertanggung jawab untuk membantu terutama ibu yang sering menderita sebagai anak yang tua dia sanggup berhenti sekolah untuk bekerja.Mungkin dia mengambil langkah yang kurang bijak dengan berehenti sekolah sedangkan pelajar ini tidaklah begitu nakal dan ada potensi untuk berjaya dalam bidang pelajaran,tetapi ikhtibar yang dapat diambil dari kisah pelajar ini ialah sikap bapanya yang masih tidak sedar bahawa anak-anak sentiasa peka terhadap perkara-perkara yang tidak baik dan sepatutnya sibapa memberikan contoh terbaik kepada anaknya,melihat dari muka bapanya yang begitu aku percaya dakwaan anak ini tidak boleh dinafikan walaupun dia berkata dia sudah insaf.Namun pihak sekolah akan cuba memujuk pelajar ini untuk menamatkan sekolah sehingga mendapat sijil SPM.Saya harap bapanya tidak berang terhadap anaknya apabila sampai dirumah.

No comments:

Post a Comment