Wednesday, April 28, 2010

BETUL-BETUL RIBUT BANG

Assalamuallaikum wr.wbt.

Sudah agak lama tidak menulis dalam blog bukan kerana apa,sejak sekolah dipukul ribut pergerakkan saya pun macam ribut,terpaksa kesana sini bukan setakat urusan sekolah tetapi urusan keluarga yang kadangkala membuatkan kita berasa pabila malam mula hendak merehatkan badan dan letih dan seterusnya mulalah mata mengantuk dan menghilangkan kita untuk mengadap komputer jadi akhirnya terpaksa mata dilelapkan bagi merehatkan badan dan mata serta otak.Kesan ribut itu akan menyebabkan keadaan pembelajaran disekolah tidak selesa dan pelajar-pelajar pun belajar dalam keadaan tidak selesa.Alhamdulilah semalam telah bermula pembaikan atap-atap yang bocor dan diterbangkan oleh angin dalam pada itu sempat juga guru-guru memindahkan barang bila hujan lebat yang melimpahi dalam bilik guru petang semalam,diharapkan hari ini bahagian-bahagian penting dapat disiapkan. Semoga SMKUB akan kembali seperti biasa dan sama-sama berdoa agar bala bencana seperti itu dijauhkan dari berlaku lagi.

Wednesday, April 21, 2010

MACAM-MACAM ADA

Assalamualaikum wr.wbt.

Hari ini dua kali meronda sekolah,macam-macam perkara yang kena tengok dan terus buat arahan untuk disettlekan cepat,pekerja ini kalau kita buat lepa aje mulalah mereka culas sikit,selalu kena buat teguran dan arahan mungkin mereka belum faham tempat ini merupakan tempat mereka mencari makan,satu lagi mungkin soal mentaliti agaknya.Jenuh diingatkan tetapi apabila sudah lama mulalah buat perangai.Masalah penapis air Ressington satu perkara lagi tidak selesai sudah bertahun-tahun,belanja yang dikeluarkan tidak tahulah berapa ribu ringgit direct dari MOE.Tetapi hasilnya belum begitu mantap dari segi membekalkan air.Hampir tengahari ada dua orang pelajar yang dihantar oleh guru kerana dalam aduannya sudah hampir 4 bulan pelajar ini tidak ada buku latihan,jadi macam mana dia buat latihan tidak tahulah mungkin tulis atas tapak tangan kut.Apabila saya cek bukunya satu-satu ada pula buku latihan untuk subjek lain. Susah juga hendak menduga murid-murid ini. Saya minta mereka beli dan tunjukkan buku latihan yang mereka beli pada terus pada saya .Macam-macam ada disekolah ini.

ENGLISH WEEK SMKUB

Assalamuallaikum wr.wbt.

Mesyuarat dengan guru-guru Bahasa Inggeris bagi mengadakan minggu Bahasa Inggeris peringkat sekolah sebagai satu usaha untuk meningkatkan dan menaikkan semangat pelajar-pelajar untuk lulus Bahasa Inggeris dan menanamkan minat Bahasa Inggeris di kalangan mereka.Langkah ini terpaksa dibuat agar Bahasa Inggeris tidak lagi menjadi killer subjek dalam PMR .Satu lagi saya sebagai pengetua perlu mendorong agar semua guru-guru dapat bersama-sama memberi idea aktiviti yang sesuai dengan pelajar di SMKUB.Semoga segala perancangan yang telah diatur dan diputuskan mendapat kerjasama dari semua pihak dan membuahkan hasil yang baik kepada pelajar khususnya.

Tuesday, April 20, 2010

GURU MENGAJAR MURID BELAJAR

Assalamuaalaikum wr.wbt.
Suasana tenang hari ini kerana telah tiga hari bercuti,sempat meronda memang sunyi pada waktu P&P itu petandanya cikgu mengajar didalam kelas tidak ada yang ponteng,masuk mengikut jadual yang telah ditetapkan apabila cikgu mengajar sudah tentu murid pula belajar dan jika sekiranya mereka memberi tumpuan di dalam kelas sudah semestinya segala yang diajar oleh guru dapat disimpan didalam kotak fikiran,difahami dan seterusnya dapat diterjemahkan dalam bentuk kejayaan dalam peperiksaan yang akan dihadapi oleh mereka tidak kira sama ada peperiksaan awam dan peperiksaan yang berasaskan schoolbase.Namun demikian persediaan guru juga memainkan peranan penting untuk menjadikan Pengajaran dan Pembelajaran lebih berkesan .Lebih-lebih lagi dizaman kemudahan ICT yang macam-macam ada dialam maya ini,cuma guru yang ada inovasi dan motivasi serta dengan ilmu yang tinggi sahaja yang akan dapat memanfaatkan apa yang telah ada disiber yang luas ini.Sempat juga berjoging di Stadium Sabak Bernam,kena paksakan diri kalau tidak tak menjadi joging ini,bukan senang hendak disiplinkan diri.Kecergasan fizikal perlu dijaga lebih-lebih lagi jika makan tidak berjaga.

Monday, April 19, 2010

MEE UDANG BANJIR BNO

Assalamuallaikum wr.wbt.
Hampir dua tiga hari sudah tidak update blog,mengambil sempena cuti yang agak panjang so cuti betul-betul dan relakskan kepala,dengan bermain golf tiap-tiap hari ,malam tidur awal.Hari minggu sempat juga bawa keluarga ke BNO(Bagan Nakhoda Omar) Selangor,dulu masa saya kecik-kecik selalu orang tua kampung sebut Bagan Gedumo,berhampiran dengan Sg.Bernam juga teringin hendak test Mee Udang Banjir.Biasa lalu tetapi tidak pernah singgah.Agak ramai juga orang pada hari minggu mungkin keluarga yang balik ke kampung sempena cuti hujung minggu.Tempat yang agak selesa cuma parking terlalu sedikit,order le mee udang ok juga rasanya berbeza dengan Mee Udang Banjir di Kuala Sepetang dan Mee Udang Norzety di Changkat Jering.Yang pasti harganya lebih murah udang tetap fresh.Hari Isnin seperti biasa cuti tambahan menghantar si Aizat ke Ipoh,sempat bagi nasihat pada anak jantan sorang ni,perlu diingatkan selalu,sempat juga tasmik Mathutrat itupun selalu kena ingatkan selalu kalau tidak mula lupa dan buat tak tahu sahaja.Walaubagaimanapun Abah dan Emak doakan Aizat dan semua anak-anak berjaya dengan cemerlang dunia akhirat dan menjadi anak yang soleh dan solehah.

Thursday, April 15, 2010

Assalamuallaikum wr.wbt.
Hari ini dari pagi sampai tengahari mesyuarat dan taklimat bersama PPD dan pegawai-pegawainya.Diantara yang penting ialah beliau mengingatkan Pengetua tentang tugas utama sebagai pemimpin kurikulum di sekolah yang meliputi 70% tugas utama iaitu sebagai:
1. Pemimpin Kurikulum
2. Pemantau Kurikulum
3. Penilai Kurikulum

Beliau juga menyatakan bahawa jika P&P guru cemerlang dan berkesan sudah tentu 60% murid akan berjaya.

Kemudian menjelaskan lagi sepatutnya guru membuat soalan mesti menggunakan prinsip 5-3-2
iaitu 50% mudah.30% sederhana,20% susah.Barulah murid boleh berjaya.

Beliau menginagatkan lagi tentang management cara orang Jepun iaitu 5 S:

1.Seiri-Sisih
2.Setsuka-Susun
3.Seiton-Sapu
4.Setsuke-Seragam
5.Seiso-Sentiasa amal.

Cubalah disekolah.

Tuesday, April 13, 2010

PEMIMPIN TAHAP LIMA

Assalamualaikum wr.wbt

Kepimpinan tahap lima merujuk kepada hierarki tertinggi dalam satu sistem piramid yang mempunyai lima tahap, Hieraki kepimpinan ialah seperti berikut:

Tahap 5 :Eksekutif

Tahap 4:Pemimpin berkesan

Tahap 3:Pengurus yang kompeten

Tahap 2:Ahli Pasukan yang meyumbang

Tahap 1:Individu yang berkemampuan tinggi


Tahap 1 merujuk kepada individu berkemampuan tinggi.Dia berkebolehan dan boleh memberi sumbangan yang positif dengan bakat dan pengalamannya yang banyak.Walaupun individu di tahap satu mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang banyak,dia belum dapat memberikan sumbangan yang berkesan kepada oraganisasinya.

Tahap 2 merujuk kepada individu yang boleh memberi sumbangan kepada mencapai matlamat kumpulan.Dia bekerja dengan berkesan bersama kawan sekerja dalam suasana kumpulan kerja.Dia menjadi penggerak kepada kumpulan kerja dan boleh mengetuai kumpulannya melakukan yang bermanfaat kepada organisasinya.

Tahap 3merujuk kepada pegurus yang kompeten tetapi belum dianggap sebagai pemimpin yang berkesan.Individu pada tahap ini dapat mengurus dengan baik dan berkesan,iaitu melebihi jangkaan pihak atasan.Walaubagaimanapun dia belum boleh menunjukkan sifat kepimpinan yang berkesan.

Tahap4adalah individu yang telah menjadi pemimpin yang berkesan,Individu ini mempunyai kesungguhan,berkeyakinan dan keberanian bagi mengejar visi organisasi.Dia juga boleh menggalak,mendorong dan memberi perangsang kepada kumpulan warga kerja ke taraf prestasi yang tinggi.

Tahap5adalah pemimpin yang berupaya membangunkan dan membawa organisasi daripada tahap baik ke tahap cemerlang (good to great ).Pemimpin pada tahap ini menunjukkan dua ciri yang hebat yang dinamakan personel humility dan profesional will.Pemimpin tahap ini meraikan kejayaan organisasi bersama-sama pekerjanya tetapi menanggung sendiri kegagalan yang melanda organisasinya.Pemimpin ditahap ini mengutamakan organisasinya melebihi kepentingan peribadinya.

Agak-agak kita ini pemimpin ditahap mana agaknya?