Sunday, June 13, 2010

KNOWING AND DOING

Assalamuallaikum wr.wbt.

Tiba-tiba teringat ucapan pengarah IAB Dr.Abdul Ghafar Mahmud,yang mengingatkan pengetua dalam majlis makan malam tempohari tentang impak kursus yang diadakan oleh IAB selama ini sebenarnya terletak pada individu sendiri kerana merekalah yang akan mempraktikkan apa yang telah dipelajari dan diberikan oleh pensyarah kerana tanpa praktik segala teori yang diberi tidak akan menunjukkkan keberhasilan.

Konsep "knowing and doing" perlu difahami dan dilaksanakan oleh pengetua untuk menghasilkan kecemerlangan pada masa akan datang.Pengetua sebagai" frontliner" perlu menunjukkan role model kepada orang bawahan supaya kehadiran disekolah sangat dirasai.Pengetua perlu ada "towering personaliti "bagi menterjemahkan visi dan misi sekolah.

Saturday, June 12, 2010

KASUT JOGING TINGGAL KAT IAB

Assalamuallaikum wr.wbt.
Alhamdulillah akhirnya dapat juga aku mengikuti kursus kkpp 2010 di IAB dengan jaya sehingga kehari exam 50 soalan berbentuk objektif nampak macam senang tunggu sajalah result apa dapatnya.Sempat juga mengambil farha di LCCT fligh dia agak lewat sedikit,jadi terpaksalah naik ke Genting balik dalam pukul 1 malam ingatkan dah tidak ada orang rupanya masih ramai lagi pelancong yang naik ke Genting waktu sebegitu.dia orang menginap di Seri Malaysia,senang sedikit hendak mancari makanan.Disebabkan sudah agak lewat dan minum kopi pula sewaktu di MC Donald LCCT mulalah mata susah hendak terlelap,nak study untuk exampun malas sebab banyak sangat hendak dibaca,so tawakal sajalah.Pagi itu tidak sempat hendak joging so kasut joging pun tertinggal dekat berandah bilik,nasib baik dah terkoyak sedikit sedekahkan sahajalah.Alhamdullilah present untuk kumpulan pun tidak ada masalah rasanya kumpulan kami yang nampak menyerlah tengoklah ketuanya siapa.Yang lebih hebat cikgu Hasyim dia yang sediakan powerpoint dan hardcopy.

Wednesday, June 9, 2010

MAKAN MALAM DI AWANA GENTING HIGHLAND

Assalamuallaikum wr.wbt.
Semalam makan malam kumpulan KKPP pengetua dan guru besar,penuh jadual kursus petang kena buat perbincangan untuk persembahan pada hari jumaat,namun begitu sempat juga bersama Hj.Nan dan Hj.Husni makan mee bandung kat Goh Tong Jaya,memang sedap awak tengok si Nan habis di hirupnya kuah mee bandung tu.Memang hebat Hotel Awana ini.kalau tidak kerana tajaan Datuk Seri Junaini Kassim isteri MB Pahang yang berkursus bersama mungkin kami tak dapat masuk ke Awana Hotel Five Star yang dipenuhi dengan pelancong-pelancong asing.Saya diamanaahkan untuk membaca doa sempat dowmload doa dari internet sebab pen drive yang ada doa tersebut telah tertinggal kat manapun tak tahu.Pengarah IAB Datuk Abdul Ghafar bin Mahmud pun turut sama bersama dengan semua pensyarah,makanan sedap-sedap termasuk ibu rebus dan pisang rebus,masing-masing menunduk sahaja makan tidak berhenti-henti program yang santai dan mesra.Ada juga pensyarah dan pengetua yang cuba menyanyi tapi tidak ada sorang pun yang betul-betul boleh menyanyi semuanya sumbang live band juga yang sedap.Semua balik dalam keadaan kenyang dan terus tidur.

Tuesday, June 8, 2010

SIFU TAI CHI

Assalamuallaikum wr.wbt.

Masih lagi dalam kursus KKPP di IAB,sempat beriadah masuk GYM dan belajar Tai Chi dengan Mr.Peh Pengetua SMK Kemayan yang sentiasa tersenyum dan nampak sihat.Bersungguh-sungguh beliau mengajar hanya 6 step,bagus juga biasalah senaman orang cina yang ada ciri-ciri seni kung fu dan seni menjaga pernafasan tetapi nampak segar selepas senaman dibuat.Beliau menjelaskan bahawa setiap step dia terpaksa belajar selama 2 bulan dan beliau sendiri sudah mengambil peperiksaan berbentuk praktikal dan telah pun lulus,hebat dengan umurnya sudah hampir pencen lebih kurang 7 bulan lagi.Ramai pula kawan-kawan yang berminat dan turut serta.Dapat SMS dari farha yang sedang berada divietnam cuma dia kata masalah kamera sahaja yang baterinya lemah so tidaklah dapat bergambar dengan kamera sendiri.Malam terpaksa buat perbincangan untuk buat persembahan pada hari jumaat ini ,sebagai ketua kenalah mempengerusikan perbincangan,nampak gaya oklah kerana soalan bersifat teknikal dan jawapanpun sudah disediakan oleh cikgu Hasyim,tinggal hendak touchup sahaja.So esok masa rehearseal pula. Aizat dengan emaknya sudahpun berada di KL.

Monday, June 7, 2010

NASI DAGANG IAB

Assalamuallaikum wr.wbt. a son
Hari ini terasa sangat mengantuk bukan kerana apa waktu rehat tadi teringin sangat hendak makan nasi dagang berlaukkan ikan tongkol atau ikan kayu,mulalah rasa letih dan mengantuk.semalam baru buat ujian kecergasan,kandungan lemak 24 tapi ada yang hampir 30 dan lebih sepatutnya kurangkan lemak tetapi kali ini tambah lemak tetapi tidak apa kerana pagi dan petang cover dengan joging berat badan hanya turun 0.2 kg sahaja.Semalam pensyarah baru bagi tahu iaitu breakfast like a king,lunch like a queen and dinner like son.Tetapi yang berlaku lain pula biasanya dinner like a king itu yang berat badan tidak turun-turun.

UJIAN KECERGASAN

Assalamuallaikum wr.wbt.

Agak mengantuk kuliah yang disampaikan semalam,mungkin pensyarah baru yang belum begitu mantap dari segi keilmuan yang masih takut-takut dan curiga dengan audien yang terdiri dari pengetua yang kononnya mempunyai ilmu yang lebih dan khuatir jika sekiranya soalan yang mencabar yang tidak boleh dijawab.Sebenarnya tidak begitu lebih kurang sama sahaja.Cuma yang menyeronokkan semalam ialah ujian kecergasan dan keputusannya akan dibincangkan pada hari ini.Cuba buat juga tetapi setakat dua dan tiga bintang,maksudnya diperingkat sederhana belum begitu mantap lagi.Aizat dan isteri memerap di Gohtong Jaya Hotel,hari ini mereka berdua akan ke KL.

Sunday, June 6, 2010

DUA MINGGU KURSUS IAB

Assalamuallaikum wr.wbt.

Terlalu sibuk minggu ini,balik dari kursus KKPP dari IAB Genting Highland,letih dan terpaksa menghantar anak ke LCCT untuk menyertai rombongan kembara SAMURA ke Vietnam ,sempat balik ke IAB untuk kursus minggu kedua,alhamdulilah selamat sampai mengikut masa yang ditetapkan,sempat hantar Aizat dan isteri untuk check in di Gohtong Jaya Hotel tempat di Seri Malaysia,tetapi boleh check in pagi masuklah dulu,tidak payahlah tunggu pukul dua belas.Sempat jumpa cikgu farha Hj.Zainudin,diharapkan rombongan farha ke Vietnam sentiasa dipelihara oleh ALLAH SWT,dan dipermudahkan segala hal yang hendak dilakukan.Aizat dan isteri tersayang bolehlah berjalan ke KL sempena cuti ini.Diharapkan farha selamat sampai dari vietnam mengikut masa yang telah ditetapkan pada hari khamis malam jumaat ini.