Assalamuallaikum wr.wbt.
Alhamdulillah hari ini terbuka pula hati hendak menulis dalam blog ini,mungkin kesibukan dan ditambah lagi dengan keletihan menyebabkan keinginan untuk update blog terpaksa ditan gguhkan.Banyak peristiwa berlaku dalam seminggu ini,disekolah selepas selesai ribut sibuk menangani masalah pelajar yang mula lari dari landasan sebagai seorang pelajar ,sudah mula ponteng dan terlibat dengan gejala sosial yang tidak keruan dari segi hala tuju.Sibuk pula dengan urusan anak-anak yang terpaksa selalu diingatkan tentang pelajaran dan masa depan yang sudah tentunya semakin mencabar dan perlukan ketekunan,kerajinan dan fokus kepada pembelajaran.Jadi disamping membawa dan menziarahi mereka sempat pula toacher dan berikan sedikit motivasi untuk maju kehadapan menghadapi hari-hari yang mendatang.Fikirkanlah wahai anak-anak apa yang abah dengan emak nasihat dalam program khas untuk anak-anakku dalam program "santai dan bantai" pada hari minggu baru lepas.Sempat lagi "bantai nasi" dan lauk asam pedas ikan mayung Restoran JJ Muar.Juga breakfast Lontong dan Sate di Restoran Depan Stesen Bas Muar.Taukeh restoran memberitahu kami minggu lepas Sultan Johor breakfast dekat situ siap tunjuk gambar lagi.Sembahyang di Masjid Lama tepi sungai cantik dekorasinya dan bijak pengurusan masjidnya boleh ditiru,siap tempah lukisan khat lagi.Anak-anak membelikan sepasang baju untuk ibunya sempena hari ibu.Saya sendiri belikan jam dinding yang besar sempena hari ibu bagi emak supaya dia senang tengok waktu terutama waktu sembahyang.Sejak pakai spect hitam ini takut tak nampak pula jarum jam kalau tidak dibelikan nombor yang berhuruf besar .
No susu - yes susu
4 years ago
No comments:
Post a Comment